Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Doktor tampil berbusana songket Melanau di Karpet Merah Cannes
  • HIBURAN

Doktor tampil berbusana songket Melanau di Karpet Merah Cannes

Utusan Sarawak 2 days ago

BEKAS Ratu Bumi Malaysia 2021 Dr Nisha Thayananthan yang membuat penampilan kali ketiga di Festival Filem Cannes, Perancis minggu lepas, mencuri perhatian ramai dengan busana bertemakan warisan kaum Melanau. Kini bertugas sebagai doktor residen pembedahan plastik di Dublin, Ireland, wanita itu antara segelintir rakyat Malaysia yang diundang ke festival berprestij berkenaan, dan beliau melangkah di acara karpet merah festival pada 22 Mei lalu dengan busana songket hitam keemasan bertatahkan 999 butir batu Swarovski., yang diinspirasikan daripada tiang pengebumian tradisi suku asal Sarawak tersebut. Bertemakan ‘Mystical Journey of Jerunai’, busana ini diinspirasikan daripada tiang pengebumian masyarakat Melanau, mengetengahkan kekayaan budaya suku kaum asal kita itu kepada dunia. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Ratu Bumi Malaysia 2021 Dr Nisha Thayananthan yang membuat penampilan kali ketiga di Festival Filem Cannes, Perancis minggu lepas, mencuri perhatian ramai dengan busana bertemakan warisan kaum Melanau.

Kini bertugas sebagai doktor residen pembedahan plastik di Dublin, Ireland, wanita itu antara segelintir rakyat Malaysia yang diundang ke festival berprestij berkenaan, dan beliau melangkah di acara karpet merah festival pada 22 Mei lalu dengan busana songket hitam keemasan bertatahkan 999 butir batu Swarovski., yang diinspirasikan daripada tiang pengebumian tradisi suku asal Sarawak tersebut.

“Bertemakan ‘Mystical Journey of Jerunai’, busana ini diinspirasikan daripada tiang pengebumian masyarakat Melanau, mengetengahkan kekayaan budaya suku kaum asal kita itu kepada dunia.

“Tidak ramai yang tahu tentang masyarakat Melananu dan daripada perbualan saya dengan orang ramai, ada yang terpikat dan menyatakan hasrat untuk memiliki fabrik (songket) ini bagi menghasilkan pakaian lain.

“Saya berbangga dapat menjadi wanita pertama yang menggayakan songket di acara Karpet Merah Festival Filem Cannes ini,” katanya kepada Bernama.

Dr Nisha yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan bukanlah orang asing dengan kebudayaan etnik Sarawak memandangkan beliau merupakan lepasan perubatan daripada Universiti Malaysia Sarawak.

Mengulas lanjut tentang busana yang direka oleh pereka fesyen tempatan Rozie Khan itu, Dr Nisha berkata proses menyiapkan baju tersebut mengambil masa hampir setahun kerana setiap butiran melambangkan kehalusan budaya dan simbolik kaum Melanau.

“’Tiang pengebumian’ yang gah ini melambangkan kekuasaan golongan bangsawan kaum Melanau pada zaman dahulu kala. Baju ini dihiasi dengan motif benang emas berbentuk ukiran kayu pada jerunai (tiang pengebumian) dan 999 butir batu kristal Swavorski merujuk pangkat tertinggi (pangkat 9) dalam komuniti Melanau, menzahirkan keanggunan dan warisan budaya,” ujarnya.

Menurutnya, usaha menampilkan warisan Malaysia di pentas antarabangsa bukan sekadar fesyen, tetapi menjadi satu bentuk diplomasi budaya sejajar dengan tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan”.

“Membangunkan budaya dan industri kreatif ialah matlamat ASEAN dan selaku negara anggota, Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menganjurkan pertukaran kebudayaan, kerjasama dan inovasi.

“Dengan membangunkan industri kreatif, kita dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam ASEAN dan juga di peringkat global, memupuk kefahaman, penghargaan dan kerjasama antara negara,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: ‘It Was Just an Accident’ menang Palme d’Or
Next: RM BTS menang artis K-pop kegemaran di Anugerah Muzik Amerika 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.