Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Doktor swasta dirayu bantu beri diagnosis awal di OSEIC
  • SEMASA

Doktor swasta dirayu bantu beri diagnosis awal di OSEIC

Utusan Sarawak 4 months ago

CENDERAMATA… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika menerima cenderamata pada majlis Minum Petang OSEIC Sarawak di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, hari ini. 

KUCHING: Sarawak memerlukan doktor swasta yang ingin menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memberikan perkhidmatan diagnosis awal dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara ini penting kerana hanya seorang doktor dari Hospital Umum Sarawak berkhidmat dengan OSEIC untuk mengenal pasti jenis kelainan (OKU) yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Katanya, inisiatif CSR ini akan membantu mengurangkan senarai menunggu bagi anak-anak yang memerlukan saringan.

“Jadi, kalau ada doktor sama ada doktor swasta atau sesiapa yang mahu menjalankan CSR memberi perkhidmatan sekali dalam sebulan.

“Satu bulan sudah cukup baik kerana sekiranya lebih ramai doktor yang tampil, maknanya lebih banyak kanak-kanak boleh membuat saringan serta menetapkan intervensi awal sesuai untuk mereka. 

“Untuk itu, saya secara rasmi mahu memohon kepada doktor swasta yang berminat untuk melakukan CSR di OSEIC, membuat saringan serta menetapkan intervensi awal sesuai untuk kanak-kanak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Minum Petang OSEIC Sarawak di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, hari ini. 

Tambah Fatimah, CSR ini memerlukan doktor baharu kerana doktor yang sedia ada dari HUS bakal mengejar pembangunan kerjaya dalam tempoh masa akan datang.

“Kita mungkin kehilangan beliau dari segi penyampaian perkhidmatan ini. Jadi, perkara ini akan diteliti pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah turut menjelaskan bahawa proses saringan ini memerlukan pemerhatian teliti dan mengambil masa panjang untuk mengenal pasti jenis OKU yang dihadapi.

“Kita hanya mempunyai seorang doktor, dan beliau hanya dapat menjalankan pemeriksaan sekali sebulan.

“Dalam satu hari, beliau hanya dapat menjalankan pemeriksaan terhadap empat orang kanak-kanak sahaja, sedangkan senarai menunggu kita sangat panjang,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Waspada penipuan semakin berleluasa di luar bandar, elak terjebak – Uggah
Next: hMPV jangkitan ulangan bermusim biasa, tiada keperluan amaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.