Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Doa negara pulih daripada Covid-19
  • NASIONAL

Doa negara pulih daripada Covid-19

Utusan Sarawak 4 years ago

IPOH, 28 Jan -- Penganut Hindu, M. Ramachandran 45, (tiga, kanan) bersama isteri S. Nalini, 41, (dua, kanan) dan empat anaknya mengadakan upacara keagamaan sempena Hari Thaipusam secara sederhana di rumah mereka di Taman Silibin Ria ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGANUT Hindu, M. Ramachandran 45, (tiga, kanan) bersama isteri S. Nalini, 41, (dua, kanan) dan empat anaknya mengadakan upacara keagamaan sempena Hari Thaipusam secara sederhana di rumah mereka di Taman Silibin Ria ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lazimnya setiap kali sambutan Thaipusam, Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves akan dibanjiri lautan manusia terutama penganut Hindu dari seluruh negara, termasuk pelancong asing dari pelbagai negara.

Namun suasana sambutan tahun ini berbeza, kuil itu dikawal ketat polis semalam, selain tidak ada sebarang sambutan di mana-mana kuil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).     

Walaupun begitu, Thaipusam tahun ini tetap diraikan penganut Hindu di rumah masing-masing dengan bersembahyang mendoakan negara segera pulih dari pandemik Covid-19, yang sudah lebih setahun melanda dunia dan merubah norma kehidupan sebelum ini. 

Pekerja swasta, N.Kumari, 35, ketika dihubungi berkata beliau sekeluarga mandi serbuk kunyit sebelum bersembahyang di rumah dan menggunakan platform media sosial untuk menghantar ucapan Selamat Hari Thaipusam kepada rakan dan keluarga.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam catatan terkini di akaun facebooknya, semalam menyampaikan ucapan ‘Have a Safe and Happy Thaipusam’ kepada semua kaum Hindu yang menyambut Thaipusam.

Beliau turut mengingatkan semua supaya mengamalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka dengan sempurna – menutup bahagian hidung, mulut dan dagu.

Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

Arca Dewa Murugan dibawa dari kuil Jalan Bandar ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves semalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan termasuk tidak boleh berhenti di mana-mana lokasi, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada  muzik dan tiada pemerhati sepanjang jalan.

Tinjauan Bernama di  kuil berkenaan di Batu Caves semalam mendapati masih terdapat beberapa individu yang berdegil dan hadir ke kuil berkenaan, bagaimanapun mereka dilihat beredar setelah dinasihatkan oleh anggota polis.– Bernama
 

Continue Reading

Previous: Tiga beradik daki bukit akses internet
Next: Rakyat diharap terus istiqamah patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.