PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic memberitahu dia hampir menarik diri daripada menyertai Terbuka Amerika Syarikat kerana kebimbangan dengan pandemik Covid-19.
Bagaimanapun dia akhirnya merancang untuk tetap beraksi di Grand Slam dalam usahanya melakar sejarah dalam sukan itu.
keinginan untuk menyamai rekod 20 gelaran Grand Slam yang dilakar Roger Federer antara faktor utama juara 17 kali itu mengambil keputusan untuk beraksi di Flushing Meadows yang akan bermula 31 Ogos ini.
“Salah satu sebab mengapa saya terus bermain tenis secara profesional pada peringkat ini adalah kerana saya mahu mencapai tahap yang lebih tinggi dalam dunia tenis,” kata Djokovic.
Pemain berusia 33 tahun dari Serbia itu menang lima daripada tujuh gelaran perseorangan Grand Slam namun datang ke New York hanya selepas mendapat jamin daripada pegawai Eropah bahawa pemain yang kembali dari Terbuka AS tidak perlu berdepan dengan kuarantin yang panjang sebelum, Terbuka Perancis.
“Saya hampir tidak datang,” kata Djokovic yang membuat keputusan hanya seminggu sebelum tiba ke New York. “Terdapat banyak perkara yang tidak pasti.”
Djokovic memilih tinggal di rumah sewa di New York ketika kebanyakan pemain berada di hotel sebagai langkah protokol yang perlu diikuti kerana pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak kejohanan dibatalkan termasuk Wimbledon dan menghalang peminat daripada datang menyaksikan Terbuka AS.
“Saya mahu bermain. Maksud saya itulah sebabnya saya berada di sini.
“Saya secara peribadi tidak takut berada dalam keadaan berisiko dan berbahaya bagi diri saya. Sekiranya saya berada seperti itu kemungkinan besar saya tidak akan berada di sini.”
Federer, 39, mengalami kecederaan dan pemain Sepanyol Rafael Nadal, 34, tidak menyertai Terbuka AS kali ini dengan dia yang muncul juara Terbuka AS 2019 dan 19 kali Grand Slam itu mahu memberi fokus pada aksi gelanggang tahan liat yang seterusnya menjadi pemain pilihan meraih gelaran ke-13 di Paris.- AFP