PEMAIN nombor satu dunia Novak Djokovic yang beraksi pada hari kelima Terbuka AS ketika dia berusaha untuk mara ke peringkat 16 terakhir di Flushing Meadows.
Pemain Serbia itu turun menentang pemain pilihan ke-28 perlawanan Jan-Lennard Struff dari Jerman pada perlawanan malam pertama di Stadium Arthur Ashe.
Djokovic merekodkan 4-0 ketika menentang Struff dan mengalahkannya dalam empat set pada pusingan pertama dalam usahanya untuk menjuarai Terbuka Australia awal tahun ini.
Djokovic mengejar gelaran Grand Slam ke-18 ingin merapatkan jurang Roger Federer dan Rafael Nadal, yang kedua-duanya tidak hadir dalam kejohanan itu, dalam perlumbaan untuk merebut rekod gelaran perseorangan lelaki Slam sepanjang masa.
Djokovic memenangi 17 gelaran Grand Slam sehingga kini, dengan Nadal 19 gelaran manakala Federer 20 gelaran.
Juga pada Jumaat, Naomi Osaka, pemenang Grand Slam dua kali, kembali ke gelanggang untuk pertandingan pusingan ketiga menentang pemain bukan pilihan, Marta Kostyuk dari Ukraine.
Pemain pilihan keenam Petra Kvitova dari Republik Czech turut beraksi, mengatasi pemain ranking ke-63 dari Amerika syarikat,.
Dalam pertandingan lelaki, pilihan keempat Stefanos Tsitsipas berdepan pilihan ke-27 Borna Coric dari Croatia untuk mendapat tempat di pusingan keempat.
Di tempat lain, pilihan ketujuh David Goffin dari Belgium berhadapan dengan Filip Krajinovic dari Serbia, yang berada di kedudukan ke-26.
aksi pada Jumaat juga menyaksikan penyambungan semula empat perlawanan perseorangan yang ditangguhkan ekoran hujan lewat Khamis.
Pemain bukan pilihan dari Perancis Corentin Moutet mengherat pilihan ke-23 perlawanan, Dan Evans dari Britain dengan 4-6, 6-3, 6-5 dalam permainan pusingan kedua mereka.
Manakala set Seri wanita antara pilihan Ke-16 Elise Mertens disambung semula dengan kiraan 6-3, 1-0 dihadapan lawananya pemain dari Sepanyol Sara Sorribes Tormo. AFP