Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ditipu ‘Pegawai Insurans’ dan polis palsu, wanita di Kuching rugi RM71,000
  • JENAYAH

Ditipu ‘Pegawai Insurans’ dan polis palsu, wanita di Kuching rugi RM71,000

Utusan Sarawak 15 hours ago
ACP Alexson Naga Chabu menggesa orang awam agar tidak mudah percaya dengan panggilan berunsur ugutan.

KUCHING: Seorang wanita berusia 54 tahun kerugian RM71,000 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai syarikat insurans dan agensi penguat kuasa menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menerima panggilan telefon pada Mac 2025 daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dari Ibu Pejabat Etiqa Takaful.

Pemanggil itu mendakwa mangsa telah membuat tuntutan insurans kesihatan. Apabila mangsa menafikan, panggilan tersebut disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat dari Balai Polis Ampang.

“Mangsa diberitahu bahawa dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan diarahkan untuk membuat bayaran bagi ‘dana siasatan kewangan dan pelaporan’ bagi mengelakkan pendakwaan,” kata Alexson.

Mangsa yang percaya dengan dakwaan tersebut telah melakukan 14 transaksi ke dalam 11 akaun bank berbeza milik sindiket itu antara 30 Mei hingga 4 Oktober 2025, mengakibatkan kerugian sebanyak RM71,000.

Menurut ACP Alexson, dari 1 Januari hingga 20 Oktober 2025, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kuching telah membuka 90 kertas siasatan membabitkan modus operandi sama, dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM4.6 juta.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperdayakan secara tidak jujur untuk menyerahkan harta, yang boleh dihukum penjara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

ACP Alexson turut menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah panik apabila menerima panggilan daripada individu yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai penguat kuasa.

Beliau menegaskan bahawa agensi kerajaan dan penguat kuasa tidak akan membuat panggilan bersambung antara jabatan, dan segala urusan rasmi hanya dijalankan melalui saluran yang sah, bukan secara dalam talian atau telefon.

“Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun bank atau membuat sebarang pemindahan wang kepada individu tidak dikenali,” katanya

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes tikam pelajar perempuan: Pelajar lelaki didakwa esok – AGC
Next: Kuching police gets tough with drug dealers 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.