Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ditemui setelah lima hari hilang
  • TEMPATAN

Ditemui setelah lima hari hilang

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT… Mangsa hilang (duduk) dijumpai dalam keadaan selamat dibawa pulang ke rumahnya di kebun Sg. Besanan Sg. Tutoh Mulu oleh pasukan Bomba Marudi.

MARUDI: Mangsa yang dilaporkan hilang di Mulu dijumpai oleh dua pekebun di Long Kabong pada jam 6.06 petang semalam dalam keadaan selamat dan sihat.

Dalam kejadian tersebut mangsa dikenali Robin anak Bantan berusia 51 tahun didapati hilang di kawasan rumah kebun Sg. Besanan, Sg. Tutoh Mulu Baram setelah pergi untuk menjenguk jerat binatang yang dipasangnya di hutan Belang pada jam 2.30 petang pada 31 Mei lepas.

Menurut adik mangsa Edward Ghani anak Bantan sehingga 6.00 petang pada hari mangsa keluar rumah masih tidak pulang memaksanya bersama anak buahnya mencari mangsa di kawasan hutan di belakang rumah kebun, namun gagal dijumpai.

Sehingga jam 1.00 petang pada 1 Jun mangsa yang beralamat di Rumah 1, Kuala Medalam Limbang masih tidak pulang dan laporan polis telah dibuat oleh Edwrad  (adik mangsa) mengenai kehilangannya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Miri,  Penguasa Kanan Bomba 1, Tuan Law Poh Kiong mengesahakan penemuan mangsa dalam keadaan sihat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat, pasukan bomba dan penyelamat Marudi diketuai Kemander Operasi PPgB Maureen Sim Ah Lian.

Continue Reading

Previous: Pembukaan semula taska berita baik
Next: Bekas tentera terkandas 7 bulan di Nigeria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.