Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Diskaun 50 peratus saman trafik sempena Hari Kebangsaan ke-68
  • TEMPATAN

Diskaun 50 peratus saman trafik sempena Hari Kebangsaan ke-68

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGUMUMAN… Pembukaan kaunter pengurangan saman trafik PDRM dengan diskaun 50 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 26 hingga 28 Ogos ini di seluruh Sarawak.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos ini di seluruh negeri.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saiful Lizan Ishak, inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan rakyat dan memberi peluang kepada orang awam menyelesaikan saman tertunggak.

“Pelaksanaan kaunter semak dan pengurangan saman ini selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2025, Malaysia Madani: Rakyat Disantuni yang menekankan nilai perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Diskaun itu melibatkan semua kaunter COPS Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) di seluruh Sarawak, namun tidak terpakai bagi 10 jenis kesalahan termasuk kemalangan jalan raya, kesalahan melibatkan perbicaraan, kenderaan berat, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, kesalahan tidak boleh kompaun, gagal mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, ekzos diubah suai dan kesalahan semasa Operasi Selamat.

Kaedah bayaran pula bergantung kepada kemudahan di setiap Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) sama ada tunai atau kad debit atau kredit.

PDRM Sarawak menasihati orang ramai agar membuat semakan saman pada tarikh berkenaan bagi mengelakkan sekatan atau senarai hitam ketika pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang ingkar undang-undang kerana keselamatan orang ramai sentiasa menjadi keutamaan,” tegas beliau.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rakyat digesa peka terhadap dasar kerajaan demi pembangunan seimbang
Next: Setiausaha Kerajaan Sarawak sempurnakan upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi edisi Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.