Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Disiplin taktikal, tekanan awal kunci kejayaan Kuching City – Aidil Sharin
  • SUKAN

Disiplin taktikal, tekanan awal kunci kejayaan Kuching City – Aidil Sharin

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN Melaka FC Durrkeswaran Ganasan cuba menghalang pemain Kuching City FC Muhammad Ramadhan Saifullah Usman ketika pelawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh Kuching City FC 4-0 Melaka FC. Foto BERNAMA

KUCHING: Disiplin taktikal dan tekanan awal menjadi kunci kejayaan Kuching City FC mencatat kemenangan 4-0 ke atas Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak malam tadi, kata ketua jurulatihnya Aidil Sharin Sahak.

Beliau berkata pemainnya berjaya melaksanakan pelan permainan dengan baik, khususnya tekanan awal pada 15 minit pertama perlawanan yang membolehkan skuad tuan rumah memperoleh gol pembukaan pada minit ketujuh. 

PEMAIN Melaka FC Che Rashid Che Halim cuba melepasi tahanan dari pemain Kuching City FC Muhammad Ramadhan Saifullah Usman ketika pelawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh Kuching City FC 4-0 Melaka FC. Foto BERNAMA

“Kredit perlu diberikan kepada para pemain kerana mereka melaksanakan apa yang dirancang. Kami tahu Melaka datang dengan momentum kemenangan sebelum ini, sebab itu kami memberi tekanan awal dan ia membuahkan hasil.

“Kami tidak boleh menurunkan tempo permainan. Konsistensi, komunikasi dan mentaliti perlu terus dipertingkatkan kerana perlawanan seterusnya menanti dalam tempoh singkat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan, malam tadi.

Aidil Sharin berkata pasukannya kini memberi tumpuan kepada aspek pemulihan pemain serta persiapan taktikal menjelang perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada 24 Dis ini.

PEMAIN Melaka FC Muhammad Irfan Zakaria diasak pemain Kuching City FC Joao Pedro Da Silva Freitas ketika pelawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini. Keputusan penuh Kuching City FC 4-0 Melaka FC. Foto BERNAMA

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka FC K Devan mengakui perbezaan kualiti pemain import dan pengalaman pemain tempatan menjadi antara faktor kekalahan pasukannya di tangan Kuching City.

Beliau turut mengakui kekangan kewangan turut mempengaruhi pemilihan pemain import.

“Kuching City memiliki enam pemain import dengan pengalaman luas jadi komposisi pasukan tuan rumah 60 peratus pemain asing, manakala kami hanya menurunkan tiga pemain import dalam perlawanan ini. Sudah tentu sukar untuk menyaingi mereka. 

“Walaupun kita menang dengan Negeri Sembilan 2-0 (pada perlawanan terdahulu), saya nampak ada jurang perbezaan kualiti paling ketara melibatkan pemain import dan tempatan bagi kedua-dua pasukan,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Kuching City FC melonjak ke kedudukan kedua liga dengan mengumpul 24 mata, sekali gus memintas KL City dengan kelebihan satu mata.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Tiada kejutan, fasa peningkatan warnai pencapaian kem terjun kebangsaan
Next: Sukan SEA 2025: Empat emas bukti kehebatan kem berbasikal trek – Amarjit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.