Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Disiplin, integriti dan komitmen teras keselamatan awam Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Disiplin, integriti dan komitmen teras keselamatan awam Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago

Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Betong bertempat di Dewan Serbaguna IPD Betong, dekat sini semalam. Foto: IPD Betong

BETONG: Disiplin, integriti dan komitmen berterusan adalah teras utama yang harus diamalkan setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Betong.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek menekankan bahawa setiap pegawai dan anggota perlu mengutamakan nilai-nilai ini dalam setiap tugasan harian bagi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi polis.

Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Betong bertempat di Dewan Serbaguna IPD Betong, dekat sini semalam. Foto: IPD Betong

“Keberkesanan pasukan polis bukan sahaja bergantung kepada latihan dan prosedur, tetapi juga kepada sikap profesionalisme yang tinggi, kejujuran serta kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bertempat di Dewan Serbaguna IPD Betong, dekat sini semalam.

Perhimpunan tersebut telah dihadiri seramai 10 Pegawai Kanan Polis, 44 Pegawai Rendah Polis serta 21 Pegawai Awam, menjadikan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 75 orang.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta lafaz ikrar Rukun Negara.

Perhimpunan Bulanan Peringkat IPD Betong bertempat di Dewan Serbaguna IPD Betong, dekat sini semalam. Foto: IPD Betong

Pada majlis sama, Ketua Polis Daerah Betong itu turut menyampaikan sijil penghargaan kepada enam Pegawai Polis Lain-Lain Pangkat dan enam Pegawai Awam sebagai pengiktirafan atas sumbangan serta prestasi cemerlang mereka.

Program perhimpunan bulanan tersebut berakhir dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat dan selesai sepenuhnya sekitar 9.00 pagi dalam suasana tertib dan lancar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap ucap tahniah kepada Kabinet baharu, gesa fokus kos sara hidup dan penyampaian dasar
Next: Laluan Jalan Entayau di Lubok Antu terjejas akibat tanah susur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.