
BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman mengetuai Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bagi Jun 2026 di Garaj Pengangkutan IPD Bau, hari ini.
Menurut Mohd Haide menekankan kepentingan disiplin, profesionalisme, integriti serta komitmen dalam melaksanakan tugas bagi memastikan perkhidmatan kepolisan yang berkualiti terus diberikan kepada masyarakat.
Katanya, perhimpunan bulanan tersebut berjalan lancar dan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama, komunikasi serta semangat berpasukan dalam kalangan warga IPD Bau.

Program tersebut melibatkan nyanyian lagu Negaraku, Sarawak Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa, lafaz ikrar taat setia PDRM dan Rukun Negara serta amanat Ketua Polis Daerah Bau.
Sebagai sebahagian daripada acara perhimpunan, Mohd Haide turut menyampaikan surat penghargaan kepada lima warga polis yang terdiri daripada dua pegawai kanan polis dan tiga pegawai rendah polis sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi serta sumbangan mereka kepada pasukan.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat serta sesi bergambar beramai ramai.
Perhimpunan yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 8.00 pagi itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Bau DSP Ritchie Jarit, ketua-ketua bahagian, pegawai kanan, ketua polis balai, anggota polis serta pegawai awam polis dengan jumlah kehadiran seramai 78 orang.
Oleh Connie Chieng