Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • d’Isabelle, kediaman hijau berkembar tertinggi di Sarawak
  • TEMPATAN

d’Isabelle, kediaman hijau berkembar tertinggi di Sarawak

Utusan Sarawak 6 months ago
KENANGAN… Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Lily Lim, Pengarah Urusan James Chuo, Pengarah Andrew Yu, Master Pang, Rigan Chuo, Ryonna Chuo bergambar bersama kontraktor dan kakitangan RJ Group.

KUCHING: Sebuah bangunan kediaman hijau berkembar tertinggi di Sarawak, d’Isabelle bakal dibangunkan dengan ketinggian 800 hingga 1,600 kaki persegi di Jalan Dogan, Batu Kawa, di sini.

Pengarah Kreatif RJ Group, Ryonna Chuo berkata, bangunan yang direka khas itu telah diperakui oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI) pertama Sarawak. 

Jelasnya, d’Isabelle menawarkan kepada orang ramai pilihan dua bilik hingga tiga bilik tidur yang lengkap untuk memastikan setiap penghuni dalam keadaan selesa.

UPACARA Fengshui dilakukan oleh Master Pang.

“Pengasingan di antara tempat penyimpanan barang dapur basah dan kering juga digunakan untuk membawa kepada kemewahan yang luar biasa,” katanya pada majlis Permulaan Kerja di Jalan Dogan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ryonna menjelaskan d’isabelle dibangunkan adalah untuk memperkenalkan hidup dalam ketenangan dan menikmati pemandangan hijau di sekitarnya.

Selain itu, d’Isabelle turut menawarkan kemudahan seperti kolam renang, padang rumput, taman herba dan ruang berpusatkan keluarga yang boleh diakses melalui balkoni untuk kediaman terpilih.

Menurutnya, d’Isabelle menyepadukan reka bentuk cekap tenaga, bahan mesra alam dan ruang hijau untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan kelestarian alam sekitar selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak.

Sementara itu, Ryonna memberitahu projek pembinaan d’Isabelle itu sekali gus mencerminkan komitmen RJ Group dalam membina masa depan yang mampan.

“Dengan d’Isabelle, kami merintis era baharu kehidupan berbilang generasi yang hijau. 

“Ini merupakan usaha ikhlas untuk menerajui gerakan hijau dalam industri pembangunan dan mewujudkan rumah sedia masa depan yang meletakkan keluarga, komuniti dan kemampanan di tengah-tengahnya,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Lily Lim, Pengarah Urusan James Chuo, Pengarah Andrew Yu dan Rigan Chuo.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ketua masyarakat, ketua kaum perlu bertindak pantas aduan di media sosial
Next: Majlis Makan Malam Mahabbah di Astana Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.