Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Diplomasi fesyen ASEAN 2025 perkukuh hubungan budaya
  • SEMASA

Diplomasi fesyen ASEAN 2025 perkukuh hubungan budaya

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAJLIS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Presiden Miss Malaysia Kebaya/MFMPA, Dr. Jason Hee (kanan), Pengasas dan Pengarah EBB Entertainment, Joeyce Hii (tengah) dan Das Treffen Management Alice Go (kiri) semasa sidang media pelancaran Diplomasi Fesyen dan Budaya ASEAN 2025 di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA: Diplomasi Fesyen dan Budaya ASEAN 2025 yang berlangsung semalam di New Ocean World, di sini, menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan budaya dan fesyen antara negara-negara ASEAN.

Acara ini dianjurkan oleh Miss Malaysia Kebaya (MMK) dan Persatuan Fesyen, Peragaan dan Ratu Cantik Malaysia (MFMPA) sebagai penganjur utama, dengan kerjasama rasmi daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

JOEYCE Hii, anak jati Miri, Sarawak, tampil sebagai penganjur bersama bagi edisi 2025.

Penganjuran ini adalah bersempena dengan Karnival Kebaya Malaysia 3.0, Hari Kebaya Kebangsaan dan Anugerah ASEAN MFMPA 2025, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam kempen Melawat Malaysia 2026.

‘Embracing Beautiful Borneo’ (EBB) Entertainment, diterajui oleh Pengasas dan Pengarah, Joeyce Hii, anak jati Miri, Sarawak, tampil sebagai penganjur bersama bagi edisi 2025.

EBB dikenali sebagai sebuah organisasi yang berdedikasi mempersembahkan kekayaan warisan budaya, kehalusan seni serta identiti moden Borneo, khususnya Sarawak melalui penganjuran acara berimpak tinggi, inisiatif fesyen, persembahan seni dan penceritaan digital.

Sebagai Penganjur Bersama, EBB Entertainment mengetengahkan karya kreatif Borneo termasuk tekstil warisan Borneo, kraf tangan artisan, rekaan kontemporari serta persembahan budaya yang mencerminkan identiti moden masyarakat Sarawak dan Sabah.

KERJASAMA erat pelbagai pihak bagi menjayakan Diplomasi Fesyen dan Budaya ASEAN 2025 merupakan langkah penting ke arah memartabatkan seni dan budaya negara.

“Penglibatan EBB dalam Diplomasi Fesyen dan Budaya ASEAN 2025 adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengangkat martabat budaya dan seni Borneo di pentas antarabangsa.

“Kami percaya bahawa warisan Borneo mempunyai nilai eksport yang tinggi dan pendedahan serantau seperti ini mampu menarik pelancong serta menyokong usaha kerajaan melalui kempen Melawat Malaysia 2026.

“Melalui penyertaan artisan, pereka dan kreatif muda dari Borneo, kami berharap lebih ramai bakat tempatan dapat diketengahkan. EBB bukan sekadar membawa budaya, tetapi membawa suara generasi kreatif Borneo untuk diperkenalkan ke peringkat ASEAN. Ini adalah masa untuk Borneo bersinar,” katanya.

Penganjuran ini memberi fokus kepada beberapa objektif utama. Pertama, mengukuhkan diplomasi budaya ASEAN dengan menghubungkan negara-negara serantau melalui kebaya, fesyen, seni persembahan dan warisan budaya.

Kedua, menonjolkan daya saing industri kreatif Malaysia dengan mempromosikan negara sebagai hab fesyen, warisan dan kreativiti di peringkat serantau.

Ketiga, memartabatkan kebaya sebagai ikon warisan Seri Paduka serta menjadikannya simbol penyatuan budaya dalam kalangan negara ASEAN.

Keempat, memperkasakan bakat artis dan artisan tempatan melalui penyediaan platform untuk pereka, artisan, model dan pengusaha kreatif mempamerkan karya mereka ke pasaran antarabangsa.

Akhir sekali, penganjuran ini turut menyokong kempen Visit Malaysia 2026 dengan menarik lebih ramai pelancong melalui pameran seni, budaya dan fesyen bertaraf dunia.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirBorneo mula terbang awal 2026 dengan pesawat turboprop,operasi jet bermula Julai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.