Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Dipanggil ‘Wan Sekerat’, Muhammad Irwani tetap bersemangat cari rezeki
  • RENCANA

Dipanggil ‘Wan Sekerat’, Muhammad Irwani tetap bersemangat cari rezeki

Utusan Sarawak 11 hours ago

MUHAMMAD Irwani Mohd Amirsirifuddin


PARIT:  Dilahirkan dengan kaki kanan tidak berfungsi dan kemudian terpaksa dipotong di paras lutut susulan satu insiden, Muhammad Irwani Mohd Amirsirifuddin tidak mengalah pada kehendak takdir.

Sebaliknya, jejaka berusia 33 tahun dari Kampung Pulau Padang Bota Kiri, Bota ini meneruskan hidup seperti insan lain yang sempurna sifat, tanpa mengharapkan ihsan orang ramai ataupun pihak berwajib.

Lebih dikenali sebagai ‘Wan Sekerat’, anak ketujuh daripada 10 beradik ini seorang usahawan kecil-kecilan, berniaga buah-buahan dengan menaiki motosikal roda tiganya dan singgah di setiap kedai makan tumpuan orang ramai.

MUHAMMAD Irwani Mohd Amirsirifuddin 33, atau dikenali sebagai ‘Wan Sekerat’ melayan pelanggan yang hadir untuk membeli buah-buahan yang dijual menggunakan motosikal roda tiganya di sekitar Bota dekat sini baru-baru ini. Dilahirkan dengan kaki kanan tidak berfungsi yang kemudian terpaksa dipotong di paras lutut susulan satu insiden, Muhammad Irwani tidak mengalah pada kehendak takdir. Sebaliknya, jejaka berusia 33 tahun dari Kampung Pulau Padang Bota Kiri ini meneruskan hidup seperti insan lain yang sempurna sifat, tanpa mengharapkan ihsan orang ramai ataupun pihak berwajib. Foto BERNAMA

“Selagi mampu bergerak, kudrat ini akan saya kerah untuk mencari rezeki buat diri sendiri dan juga keluarga,” katanya  ketika ditemui Bernama, di sini.

Mampu meraih keuntungan hingga RM1,500 sebulan, lelaki yang masih bujang ini menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjualan dari 11.00 pagi setiap hari. 

“Saya keluar rumah pada sebelah pagi untuk ambil buah daripada peraih dan kemudian mulakan jualan.  Sekarang musim manggis dan rambutan, sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana saya boleh menjual 40 hingga 50 kilogram sehari dengan manggis dijual RM10 sekilogram, manakala rambutan RM9. 

“Saya akan berhenti di kedai makan ketika orang sedang makan tengah hari dan jika ramai yang membeli saya akan tunggu dalam 10 hingga 20 minit di satu-satu lokasi,” katanya.

MUHAMMAD Irwani Mohd Amirsirifuddin 33, atau dikenali sebagai ‘Wan Sekerat’ menunggang motosikal roda tiganya untuk menjual buah-buahan di sekitar Bota di sini baru-baru ini. Dilahirkan dengan kaki kanan tidak berfungsi yang kemudian terpaksa dipotong di paras lutut susulan satu insiden, Muhammad Irwani tidak mengalah pada kehendak takdir. Sebaliknya, jejaka berusia 33 tahun dari Kampung Pulau Padang Bota Kiri ini meneruskan hidup seperti insan lain yang sempurna sifat, tanpa mengharapkan ihsan orang ramai ataupun pihak berwajib. Foto BERNAMA

Menurutnya, dia mula berniaga buahan-buahan pada 2022, beralih daripada perniagaan ikan yang dijalankan sejak 2018.

“Tercetusnya idea menjual buah-buahan ini apabila ada permintaan daripada pelanggan ketika saya menjual ikan, kemudian saya lihat peluang daripada kehadiran orang ramai di kedai-kedai makan. 

“Kebiasaannya mereka (orang ramai) yang singgah di Bota ni orang dari luar, mungkin nak ke Manjung atau tempat lain, jadi bila ada buah-buahan yang tidak perlukan pisau untuk dikupas, mereka akan beli,” katanya.

Menceritakan kembali bagaimana dia kehilangan kaki kanannya pada 2015, Muhammad Irwani berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke Bota selepas melakukan aktiviti berkayak di Pasir Salak. 

“Saya dilahirkan dengan kaki kanan yang tidak berfungsi (lembik tergantung), jadi ketika balik saya membonceng motosikal rakan, dan mungkin ketika itu saya letih, tidak sedar kaki (kanan) termasuk ke dalam (rim) tayar belakang. 

“Saya kemudian dimasukkan ke Hospital Manjung dan pada hari kedua di hospital saya minta doktor potong kaki di paras bawah lutut kerana sudah tidak boleh diselamatkan,” katanya, menambah insiden itu membakar semangatnya untuk terus berdikari.

“Jika diikutkan, saya dapat  bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM450 sebulan, tetapi itu bukan alasan untuk saya duduk goyang kaki,” katanya yang bertekad akan terus berniaga selagi masih berupaya.

Malah katanya dia melakukan pelbagai pekerjaan sebelum ini termasuk kerja-kerja kampung bagi mencari rezeki.

Selain bijak berniaga, Muhammad Irwani juga merupakan pemain kebangsaan skuad ‘Harimau Kudung’ di bawah Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA).

“Saya menceburi bidang sukan sejak 2018 dan mula aktif lebih mendalam pada 2022 lalu. Kini kami sedang membuat persiapan untuk menyertai Kejohanan Kelayakan Piala Dunia Bola Sepak Orang Kudung di Jakarta pada November ini. 

“Golongan kurang upaya bukan sahaja mampu berdikari tetapi turut menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, malah menyumbang bakti kepada negara. Yang paling utama, jangan jadikan kekurangan kita sebagai batu penghalang untuk kita berjaya. Selagi ada usaha, doa dan tawakal pasti kita akan berjaya,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Air gunung rahsia keenakan ‘si jenggo’  Kampung Klian Gunung
Next: Rahsia Tuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.