Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dinding penjara rosak akibat gempa bumi, lebih 200 banduan melarikan diri di Karachi
  • GLOBAL

Dinding penjara rosak akibat gempa bumi, lebih 200 banduan melarikan diri di Karachi

Utusan Sarawak 3 days ago

ISLAMABAD: Lebih 200 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar pelabuhan selatan Karachi selepas gempa bumi merosakkan dinding penjara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku lewat Isnin malam apabila banduan meloloskan diri melalui dinding yang rosak di Penjara Malir yang terjejas akibat beberapa gegaran berintensiti rendah di kawasan berkenaan sejak Ahad, menurut Ketua Polis Sindh Ghulam Nabi Memon kepada akhbar tempatan “Dawn”.

Beliau berkata operasi bagi menangkap semula 216 banduan telah dilancarkan dan setakat ini, seramai 78 telah berjaya ditahan semula.

Usaha memburu baki 138 banduan masih diteruskan, katanya.

— BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Seorang maut, puluhan cedera dalam gempa bumi di Turkiye
Next: Angka korban di Gaza melebihi 54,500 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.