PEYERANG Atletico Madrid, Diego Costa, diperintahkan membayar denda 543,000 euro setelah mengakui menipu pihak berkuasa berkaitan cukai di Sepanyol lebih daripada satu juta euro, kata sumber kehakiman kalmarin.
Costa, 31, dijatuhi hukuman enam bulan penjara tetapi sebaliknya bersetuju untuk membayar denda tambahan sebanyak 36,000 euro di atas denda awalnya untuk mengelakkan masa dipenjara iaitu perkara biasa di Sepanyol dengan hukuman penjara di bawah dua tahun kerana bukan ganas jenayah.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu dituduh gagal mengisytiharkan pembayaran berjumlah lebih dari 5.15 juta euro daripada perpindahannya ke Chelsea pada 2014.
Dia juga menyembunyikan lebih daripada satu juta euro dalam hak.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu tahun lalu membayar 1.14 juta euro, membayar sepenuhnya cukai hutangnya termasuk bunga sekali gus memudahkan perjanjian dicapai dengan pendakwaraya Sepanyol.
Costa, yang menyertai semula Atletico pada 2017, muncul di mahkamah Madrid pada Khamis dengan memakai penutup hidung dan mulut akibat pandemik Covid-19, untuk sidang pendek bagi menyelesaikan perjanjian dengan pendakwaraya.
Pihak berkuasa cukai Sepanyol telah mengejar sejumlah pemain bola sepak terkemuka dalam beberapa tahun terakhir termasuk Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Tahun lalu, mahkamah Sepanyol pada Januari telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun yang digantung ke atas kapten Portugal, Ronaldo kerana melakukan penipuan cukai ketika dia berada di Real Madrid.
Pemain itu yang menyertai pasukan dari Itali, Juventus pada 2018 turut bersetuju membayar denda 18.8 juta euro dan cukai tertunda bagi menyelesaikan kes itu.
Lionel Messi dari Barcelona juga telah membayar denda dua juta euro pada tahun 2016 dalam percukaiannya sendiri dan menerima hukuman penjara 21 bulan.
Hukuman penjara kemudiannya dikurangkan menjadi denda lebih lanjut iaitu 252,000 euro bersamaan dengan 400 euro sehari daripada tempoh asal. – AFP
LA LIGA SEPANYOL