Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Didikan agama benteng pengaruh negatif generasi muda
  • Utara
  • WILAYAH

Didikan agama benteng pengaruh negatif generasi muda

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI… Datuk Rosey Yunus memukul gendang simbolik perasmian Tahun Baharu Cina anjuran Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah, di sini malam tadi.

BATU NIAH: Didikan yang baik akan lahir anak yang baik, sekali gus melahirkan warganegara dan rakyat Sarawak yang baik. 

Tunjang utama, didikan agama sejak kecil penting yang akan membentuk generasi berdisiplin serta mampu menangkis pengaruh negatif.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah, di sini malam tadi. 

Katanya, asas pegangan agama perlu diterapkan agar anak-anak membesar dengan jati diri yang kuat.

“Daripada didikan yang baik akan lahir anak yang baik, sekali gus melahirkan warganegara dan rakyat Sarawak yang baik.

“Merekalah yang akan memimpin masa depan Sarawak. Ini sangat penting,” katanya. 

Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, setiap agama mengajar nilai yang sama seperti saling menghormati, berdisiplin serta menyayangi keluarga dan masyarakat.

“Semangat perpaduan turut terserlah apabila persembahan tarian singa melibatkan peserta pelbagai kaum termasuk Melayu dan Iban,” jelasnya lagi. 

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan peruntukkan projek kecil luar bandar (MRP) RM10,000 kepada Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah bagi menyokong aktiviti keagamaan dan pembangunan komuniti.

Turut hadir, Penghulu Pui Kuan Phen, Penghulu Choo Chong Yee, Pengerusi Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah Chong Tet Fat. 

Oleh Adum Liu 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKKK nadi pengurusan akar umbi, pemacu pembangunan luar bandar
Next: Jambatan Sungai Paku RM36.9 juta pacu pembangunan luar bandar Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.