Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Didakwa gara-gara patung Andrew Jackson
  • GLOBAL

Didakwa gara-gara patung Andrew Jackson

Utusan Sarawak 5 years ago

WASHINGTON, DC - JUNE 22: Protestors attempt to pull down the statue of Andrew Jackson in Lafayette Square near the White House on June 22, 2020 in Washington, DC. Protests continue around the country over the deaths of African Americans while in police custody. Tasos Katopodis/Getty Images/AFP

FOTO AFP

WASHINGTON, United States: Empat lelaki didakwa kerana cuba untuk memindahkan patung bekas Presiden Andrew Jackson dari luar White House sebagai sebahagian daripada protes anti-perkauman di Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa semalam.

Presiden Donald Trump, cuba untuk meletakkan dirinya sebagai pembawa panji-panji untuk “undang-undang dan perintah” dengan kurang daripada lima bulan lagi sebelum pilihan raya presiden pada November.

Beliau memuat naik tweet untuk pihak polis supaya mengenal pasti

lebih daripada sedozen penunjuk perasaan untuk diambil tindakan.

Pada petang Isnin, sekumpulan penunjuk perasaan menyerang patung bekas Presiden Johnson, pembela perhambaan yang memimpin Amerika Syarikat sejak 1865 hingga 1869, berdiri kukuh di Taman Lafayette di sebelah White House.

Mereka melilit tali pada tugu tersebut dan cuba menjatuhkannya. Berdasarkan rakaman video di tempat kejadian, empat telah dikenal pasti mengikat atau menarik tali, dengan tukul besi untuk menunjuk cara lain.

Berusia antara 20 dan 47 tahun, mereka didakwa pada Jumaat dengan “pemusnahan harta tanah persekutuan”, pertuduhan yang boleh dihukum satu hingga 10 tahun penjara.

Salah seorang daripada mereka telah ditahan pada Jumaat lalu dan dikemukakan kepada hakim pada Sabtu, manakala tiga yang lain telah dinamakan tetapi belum diberkas, pejabat pendakwa Washington berkata dalam satu kenyataan.

“Tuduhan ini harus menjadi peringatan kepada mereka yang memilih untuk merosakkan patung dan tugu yang menghiasi ibu negara. Tingkah laku ganas dan perlakuan jenayah anda tidak akan diterima,” tulis Pemangku Peguam AS, Michael R. Sherwin.

Sejak kematian George Floyd, seorang Afrika-Amerika dibunuh oleh pegawai polis berkulit putih pada 25 Mei, Amerika Syarikat berhadapan dengan masalah perkauman yang kritikal. – AFP

Continue Reading

Previous: Kes positif di Indonesia 51,427, kematian 2,683
Next: 28 maut feri karam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.