Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia
  • SEMASA

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia

Utusan Sarawak 3 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran dan diaspora Malaysia pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Bahrain di The Ritz Carlton, semalam. FotoBERNAMA

MANAMA (BAHRAIN): Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu diaspora Malaysia memainkan peranan secara bersama dalam menjaga imej negara di mata dunia.

Perdana Menteri berkata selain usaha dijalankan pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Pada masa sama, beliau berkata usaha secara bersama perlu digerakkan antara lain dalam mempromosikan negara kepada pihak luar.

“Harus juga aktif kempen tentang Malaysia… pelancongannya, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kelantan dan semua yang ada keistimewaan masing-masing,” kata beliau pada majlis makan malam yang disertai kira-kira 300 diaspora Malaysia.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa (kanan) di Istana Gudaibiya, pagi semalam. Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi ke negara Teluk tersebut atas jemputan Putera Mahkota itu. FotoBERNAMA

Anwar tiba di sini awal pagi semalam bagi mengadakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negara Teluk itu atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa.

Dalam pada itu, Anwar turut mahu rakyat Malaysia yang berada di luar negara sentiasa memikirkan perkara terbaik untuk negara, termasuk memastikan negara tunduk kepada rule of law.

Perdana Menteri berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi negara yang berjaya dari segi ekonomi dengan budaya yang dinamik, berbilang kaum, dan berbilang agama.

“Pilihan ada di tangan kita, yang terbaik dalam kalangan anda adalah mereka yang mampu berfikir dan merenung, lebih-lebih lagi golongan seperti anda, profesional muda yang mendapat pendedahan, pengalaman baharu dan dimensi yang lebih luas.

“Ambil peluang dan serap apa yang anda boleh… miliki semangat dan kekuatan untuk membawa perubahan,” kata beliau. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan sokong aspirasi Sarawak jadi hab pengeluaran hidrogen
Next: Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia – Bahrain sedang dibincang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.