Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Dialog Seni Perdana 2025, 15 Julai ini di Miri
  • TEKNOLOGI

Dialog Seni Perdana 2025, 15 Julai ini di Miri

Utusan Sarawak 2 days ago
POSTER Dialog Seni Perdana 2025 di hotel Imperial Hotel esok yang bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

MIRI: Majlis Seni Sarawak (MSM) akan menganjurkan Dialog Seni Perdana 2025 di hotel Imperial Hotel esok yang bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

MSM menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa program ini bertujuan memartabatkan kesenian dan kebudayaan Sarawak ke peringkat global dengan fokus pada tema ‘Revolusi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Industri Seni Kreatif’.

“Dialog ini akan mempertemukan agensi penguatkuasa agensi kerajaan, penganjur festival dan acara, persatuan dan penggiat seni di seluruh Sarawak dan di kawasan sekitarnya untuk membincangkan bagaimana Al dapat merubah dunia seni kreatif tempatan.

“Melalui sesi pembentangan dan forum, peserta akan mendapat pendedahan tentang penggunaan Al dalam penghasilan karya seni dan inovasi digital,” kata kenyataan itu.

MSM  berharap dialog ini dapat merangsang idea baru, memperkukuh jaringan kerjasama serta memacu perkembangan seni kreatif Sarawak agar relevan dengan perkembangan teknologi semasa tanpa mengabaikan warisan budaya

Dialog Seni Perdana 2025 adalah langkah strategik dalam menjadikan Sarawak sebagai pusat seni yang inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: AI bukan pilihan, keperluan bina komuniti – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.