Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dhaka di kedudukan ketiga terburuk dalam indeks kualiti udara
  • GLOBAL

Dhaka di kedudukan ketiga terburuk dalam indeks kualiti udara

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

DHAKA: Dhaka menduduki tempat ketiga dalam senarai bandar-bandar di dunia dengan kualiti udara paling buruk dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) mencatatkan bacaan 187 pada pagi tadi, lapor Agensi Berita Bangladesh (UNB).

Kualiti udara Dhaka dikategorikan sebagai ‘tidak sihat’, menurut penarafan bandar berdasarkan tahap pencemaran udara.

New Delhi di India, Lahore di Pakistan dan Bandar Raya Kuwait masing-masing berada di tempat pertama, kedua dan keempat dengan bacaan AQI masing-masing 673, 336 dan 183.

Bacaan AQI antara 151 hingga 200 dianggap ‘tidak sihat’, manakala 201 hingga 300 dikategorikan ‘sangat tidak sihat’ dan 301 hingga 400 dianggap ‘berbahaya’ kerana menimbulkan risiko kesihatan serius kepada penduduk.

Kerajaan Bangladesh kini memberi tumpuan kepada pengurangan asap dan debu sebagai langkah utama mengawal pencemaran udara di Dhaka.

Indeks Kualiti Udara (AQI) ialah ukuran bagi melaporkan tahap kebersihan atau pencemaran udara harian serta potensi kesannya terhadap kesihatan orang ramai.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Mark Zuckerberg umum inisiatif guna AI bantu rawat penyakit
Next: Filipina siap siaga hadapi Taufan Uwan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.