Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DFC kini di bawah KPWK, penyaluran dana lebih teratur
  • Tengah
  • WILAYAH

DFC kini di bawah KPWK, penyaluran dana lebih teratur

Utusan Sarawak 3 days ago
SUMBANGAN… Michael Tiang Ming Tee merakam kenangan bersama wakil Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah Sarawak serta DFC selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut, hari ini.

SIBU: Pengambilan Destiny for Children (DFC) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bakal memberikan sinaran baharu kepada pertubuhan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, ini akan memudahkan penyaluran dana kepada pertubuhan itu yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, khususnya anak-anak Sarawak yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Katanya, ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam menitikberatkan pendidikan, terutama bagi memastikan akses pendidikan yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang.

“Pengambilan DFC di bawah naungan KPWK yang dipimpin oleh menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah adalah berita baik yang perlu dikongsikan bersama masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Barangan Elektrik dan Elektronik Zon Tengah Sarawak kepada DFC, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menyifatkan sumbangan tersebut sebagai simbol kasih sayang dan semangat perkongsian yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi penganjur, Kaunselor Michelle Law Wan Ling berkata, sumbangan tersebut adalah sempena dengan program amal 5.0 persatuan.

Katanya, sumbangan ini lebih daripada sekadar peralatan, ia adalah pelaburan untuk berdikari, keyakinan dan peluang masa depan kanak-kanak.

“Selepas mengetahui tentang kerja luar biasa yang dilakukan oleh DFC, jawatankuasa kami mendapat inspirasi untuk menaja sebahagian daripada program kemahiran hidup mereka, khususnya, dalam menyumbang peralatan memasak dan stesen pembakar.

“Mereka bukan sahaja mempelajari kemahiran hidup yang penting tetapi juga membuka pintu kepada laluan kerjaya yang berpotensi dan pemerkasaan peribadi,” kata beliau.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan sekitar Dataran Tun Tuanku Bujang ditutup 12 Mei
Next: Kempen derma darah Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.