Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dewan SK Mador miliki sistem pendawaian baharu hasil projek RTP
  • Tengah
  • WILAYAH

Dewan SK Mador miliki sistem pendawaian baharu hasil projek RTP

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap projek di dewan SK Mador, semalam. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Mador kini mempunyai sistem pendawaian elektrik baharu selepas projek naik taraf bernilai RM50,000 di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong siap dilaksanakan sepenuhnya.

Hadir untuk menyaksikan penyerahan siap projek tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Katanya, pelaksanaan pendawaian semula itu merupakan antara inisiatif berimpak rakyat bagi memastikan kemudahan sekolah berada dalam keadaan selamat, efisien dan selesa untuk kegunaan warga sekolah serta komuniti setempat.

“Terima kasih kepada warga Meradong atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada saya dalam menerajui DUN Meradong.

“Dalam tempoh lima tahun ini sebagai wakil rakyat kerajaan Sarawak, baharulah kita dapat memohon peruntukan RTP bernilai RM5 juta setiap tahun bagi menaik taraf prasarana sekolah, gereja dan lain-lain kemudahan rakyat,” katanya ketika berucap di majlis ringkas penyerahan siap projek tersebut, semalam.

Katanya, selain menyediakan sistem elektrik yang lebih selamat melalui pendawaian baharu, projek tersebut adalah kesinambungan kepada usaha menaik taraf infrastruktur dewan SK Mador yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu, termasuk pemasangan lantai tar, kipas, lampu LED dan kemudahan sokongan lain.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat menyaksikan sendiri perubahan fizikal dan penambahbaikan infrastruktur yang memberi manfaat secara langsung kepada pihak sekolah serta komuniti setempat. 

“Pendekatan pembangunan secara berperingkat dan tersusun akan terus diberi keutamaan bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik dan kondusif,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Penolong Jurutera Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, Awg Mohd Firdaus Awg Kamalludin, serta Guru Besar SK Mador, Fathi Tar.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBM nafi dakwaan penguat kuasa nikmati durian disita
Next: Bomba berjaya tangkap ular dalam rumah di Jalan Janting Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.