Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dewan Rakyat lulus lima usul Kementerian Kewangan
  • NASIONAL

Dewan Rakyat lulus lima usul Kementerian Kewangan

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan lima usul yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan malam tadi yang melibatkan pendanaan kerajaan serta percukaian.

Usul-usul yang diluluskan sebulat suara itu adalah Kumpulan Wang Pembangunan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Perintah Kastam, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa, Perintah Duti Eksais dan Perintah Cukai Jualan.  

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membentangkan usul Pemindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berkata pemindahan baki wang terimaan berjumlah RM27.0 bilion Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sehingga akhir Mei 2023 di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Pemindahan itu dilaksanakan bagi membiayai sebahagian daripada keperluan pembelanjaan pembangunan 2023.

“Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 memperuntukkan bahawa terimaan daripada MGII hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi,” katanya.

Selain itu, Ahmad juga membentangkan usul Perintah Kastam yang melibatkan, antara lain, lanjutan pengenaan duti lambakan produk keluli dan pengenaan duti eksais ke atas produk cecair atau gel bernikotin yang digunakan dalam rokok eletronik.

Bagi Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa pula, Ahmad berkata, perintah itu dikenakan ke atas pengeluaran buah kelapa sawit di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada kadar tiga peratus.

Mengenai Perintah Duti Eksais, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata, ia melibatkan bagi tujuan pengenaan duti eksais ke atas produk cecair dan gel bernikotin yang digunakan dalam rokok eletronik.

Sementara itu, katanya, Pewartaan Perintah Cukai Jualan pada 1 April 2023, adalah selaras dengan pengenaan duti eksais ke atas cecair atau gel bernikotin yang digunakan dalam rokok elektronik dengan kadar duti eksais sebanyak 40 sen bagi setiap milimeter, iaitu kadar yang sama seperti yang dikenakan ke atas cecair dan gel tanpa nikotin. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA dibuka 3-7 Julai
Next: SPM 2022: Calon tak layak dapat sijil boleh ambil semula peperiksaan subjek gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.