Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dewan, padang futsal kini lengkap bekalan elektrik
  • Utara
  • WILAYAH

Dewan, padang futsal kini lengkap bekalan elektrik

Utusan Sarawak 16 hours ago
METER elektrik yang dinanti sekian lama akhirnya dipasang di Dewan Masyarakat Kampung Melayu Pemindahan, membolehkan kemudahan itu kini dibekalkan tenaga elektrik.

MARUDI: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pemindahan Melayu Marudi telah menganjurkan aktiviti gotong-royong di dalam dan sekitar kawasan Dewan Masyarakat kampung tersebut, hari ini.

Ketua Kampung, Man Galau, menzahirkan penghargaan kepada semua ahli JKKK yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi dalam memastikan kebersihan dewan terus terjaga.

Menurut beliau, kegembiraan penduduk turut berganda apabila permohonan mereka kepada pihak SESCO akhirnya diluluskan dengan pemasangan meter elektrik di Dewan Masyarakat dan padang futsal kampung.

AHLI JKKK Kampung Melayu Pemindahan bergotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar Dewan Masyarakat.

“Dengan adanya bekalan elektrik, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan boleh dijalankan, termasuk program pada waktu malam, baik di dewan mahupun padang futsal,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, serta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atas keprihatinan dan sokongan terhadap keperluan penduduk kampung.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Geran projek khas Sarawak berjumlah RM114,000 untuk 10 penerima
Next: KMKK Parlimen Sri Aman digesa kuasai kemahiran IT, mahir dokumentasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.