Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dewan baharu Masjid Nurul Ibadah beri manfaat kepada penduduk Kampung Muhibbah Kuala Baram
  • WILAYAH

Dewan baharu Masjid Nurul Ibadah beri manfaat kepada penduduk Kampung Muhibbah Kuala Baram

Utusan Sarawak 21 hours ago
RASMI… Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin memotong riben simbolik merasmikan Dewan Masjid Nurul Ibadah di Kuala Baram, MIRI, hari ini.

MIRI: Dewan Masjid Nurul Ibadah baharu di Kampung Muhibbah Kuala Baram di sini dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat sebagai pusat pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sosial dan kebajikan.

Dewan berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, yang menyifatkan kemudahan itu sebagai hasil kerjasama erat dan semangat perpaduan masyarakat kampung.

Menurut beliau, masjid bukan sekadar tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat pertemuan dan perbincangan komuniti.

“Dengan adanya dewan baharu itu, pelbagai program seperti majlis kenduri, aktiviti belia, kelas kemasyarakatan, program kebajikan serta perjumpaan penduduk dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Masjid Nurul Ibadah serta seluruh penduduk kampung yang telah berganding bahu sehingga terbinanya dewan ini.

“Kejayaan ini membuktikan kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Masjid Nurul Ibadah, hari ini.

Lee turut menegaskan bahawa Sarawak terkenal dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, dan berharap dewan tersebut menjadi simbol perpaduan serta semangat kejiranan yang erat di Kampung Muhibbah Kuala Baram.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha membangunkan kemudahan awam yang memberi faedah langsung kepada rakyat dan berharap dewan itu dijaga serta diselenggara dengan baik agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya oleh golongan belia.

Dalam perkembangan lain, Lee turut mengingatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda, terutama di kawasan pesisir dan rendah yang berisiko banjir akibat hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang.

“Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa bersedia, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke kawasan lebih selamat sekiranya diarahkan, demi memastikan keselamatan nyawa sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi penghantaran bekalan makanan mangsa banjir berjalan lancar di Pantu
Next: Jumlah mangsa banjir di PPS SK Bukit Arip meningkat kepada 236

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.