Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Detik Tahun Baharu 2026 di Sibu: Hiburan, bazar dan aktiviti kekeluargaan sepanjang 13 hari
  • Tengah
  • WILAYAH

Detik Tahun Baharu 2026 di Sibu: Hiburan, bazar dan aktiviti kekeluargaan sepanjang 13 hari

Utusan Sarawak 7 hours ago
SIDANG MEDIA…..Ranggau (duduk, tengah sekali) merakam kenangan bersama jawatankuasa Detik Sambutan Tahun Baharu 2026 Sibu ‘Menuju 2026 – Terokai Sibu, Rasai Malaysia’, petang tadi.

SIBU: Detik Sambutan Tahun Baharu 2026 ‘Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ bakal memeriahkan suasana akhir tahun di bandar Sibu Jaya dengan pelbagai persembahan pentas, aktiviti komuniti dan bazar di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya bermula Jumaat ini hingga 31 Disember ini.

Program anjuran Junior Chamber International (JCI) Sibu bersama Pusat Khidmat Dudong dan Cohesion Prima Sdn Bhd dengan sokongan Pejabat Residen Bahagian Sibu itu akan berlangsung selama 13 hari.

Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting berkata, pengunjung bakal dihidangkan dengan bazar jualan serta gerai makanan dan minuman yang beroperasi setiap hari, selain persembahan pentas sepanjang tempoh penganjuran.

Menurutnya, antara persembahan yang bakal menghiburkan pengunjung ialah tarian, nyanyian, Poco-Poco, persembahan komuniti serta penampilan artis dari Borneo dan Semenanjung Malaysia.

“Selain persembahan pentas, program ini turut menyediakan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan e-Sukan, pertandingan Mewarna Tahun Melawat Malaysia 2026, Raja dan Ratu Cilik, bola keranjang, pickleball serta aktiviti kekeluargaan yang sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang pada sidang media Detik Sambutan Tahun Baharu 2026 ‘Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ di salah sebuah hotel terkemuka, di sini petang tadi.

Christopher turut menjelaskan bahawa sambutan Krismas akan diraikan dalam suasana muhibah dan harmoni, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan masyarakat majmuk di Bahagian Sibu.

Bertemakan ‘Menuju 2026, Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ penganjuran acara ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dalam menggalakkan pelancongan domestik serta memperkukuh keterlihatan Sibu sebagai destinasi pelancongan yang aktif, mesra pelawat dan kaya dengan pengalaman komuniti.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan acara ini, di samping menyokong peniaga tempatan serta meraikan penghujung tahun dengan penuh kegembiraan dan kenangan bermakna.

Kemuncak sambutan pada 31 Disember ini akan diserikan dengan Malam Ambang Tahun Baharu dan pertunjukan bunga api manakala majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang halang laluan, APM Lubok Antu bertindak segera
Next: SK Nanga Gayau terima internet Starlink, pembelajaran digital diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.