Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Detik cemas Hilux dihanyutkan arus deras, pemandu sempat selamatkan diri
  • Tengah
  • WILAYAH

Detik cemas Hilux dihanyutkan arus deras, pemandu sempat selamatkan diri

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEBUAH kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan terperangkap dan dihanyutkan arus deras dalam satu kejadian di kawasan Sarang Bee, Lubok Antu, hari ini. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jalan yang dinaiki air di kawasan Sarang Bee, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.35 pagi daripada orang awam.

Menurut beliau, sepasukan empat anggota APM bersama sebuah ambulans pacuan empat roda dan peralatan keselamatan telah digerakkan ke lokasi pada 6.38 pagi sebelum tiba sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah Toyota Hilux masih terperangkap dan dibawa arus deras akibat peningkatan paras air susulan hujan lebat yang berterusan sepanjang malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leftenan Desem berkata, mangsa yang berusia 39 tahun itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum kenderaannya dihanyutkan arus.

Menurutnya lagi, mangsa memaklumkan bahawa beliau pada awalnya menghantar ibunya ke Pasar Lubok Antu ketika keadaan jalan masih boleh dilalui.

“Namun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau mendapati arus air telah meningkat dan menjadi semakin deras. 

“Mangsa cuba meredah laluan tersebut tetapi gagal menyebabkan kenderaannya terperangkap,” jelasnya.

Leftenan Desem berkata, mangsa kemudian bertindak keluar dari kenderaan dan berlari ke kawasan yang lebih selamat di Sarang Bee.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, APM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang dinaiki air, terutama ketika cuaca buruk dan hujan berterusan.

Menurutnya, arus di kawasan berkenaan masih deras dan laluan tersebut belum selamat digunakan buat masa ini atas faktor keselamatan.

“Orang ramai disaran menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sayat bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” tambah Leftenan Desem.

APM turut memantau keadaan di lokasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang perubahan keadaan cuaca atau paras air di kawasan terbabit.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APMM tahan bot tunda gagal kibarkan Jalur Gemilang di perairan Bintulu
Next: Ceramah pencegahan jenayah komersial tingkat kesedaran warga sekolah di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.