Deschamps puji Mbappe selepas bawa Perancis ke separuh akhir

Facebook
WhatsApp
KETUA jurulatih Perancis Didier Deschamps meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

FOXBOROUGH: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps memuji penyerangnya, Kylian Mbappé, yang sekali lagi muncul wira apabila membantu Les Bleus mara ke separuh akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Mbappe menjaringkan gol kelapannya dalam kejohanan ketika Perancis menewaskan Maghribi 2-0 pada aksi suku akhir, walaupun terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan penalti. Ousmane Dembélé kemudian melengkapkan kemenangan dengan gol kedua.

PENYERANG nombor 10 Perancis, Kylian Mbappe memeluk ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps ketika mereka meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 menentang Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

“Apabila melibatkan Kylian, tiada masalah. Dia tidak pernah meragui kemampuannya, walaupun gagal menyempurnakan penalti dan terlepas beberapa peluang sebelum menjaringkan gol,” kata Deschamps.

Beliau menyifatkan kejayaan mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut sebagai satu pencapaian yang membanggakan, sambil mengakui ia tidak mudah dicapai meskipun Perancis dibarisi pemain bertaraf dunia.

PENYERANG nombor 10 Perancis, Kylian Mbappe (kiri) dan ketua jurulatih Didier Deschamps berbual ketika beliau meninggalkan padang selepas digantikan semasa perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

“Kami berada di kedudukan yang kami sasarkan. Kini kami akan pulih sepenuhnya sebelum mengetahui siapa lawan kami, sama ada Sepanyol atau Belgium,” katanya.

Deschamps turut memaklumkan Mbappe dikeluarkan pada penghujung perlawanan selepas mengalami hentakan pada buku lali kanan, namun tidak menjelaskan tahap kecederaan yang dialami penyerang berusia 27 tahun itu. – AFP

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan