Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Derita City berterusan, di ambang penyingkiran
  • SUKAN

Derita City berterusan, di ambang penyingkiran

Utusan Sarawak 5 months ago

Vlahovic (dua dari kiri) menjaringkan gol pertama Juventus di Stadium Allianz, Turin. Foto AFP

TURIN, Itali: Dusan Vlahovic dan Weston McKennie memastikan kemenangan 2-0 Juventus ke atas Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi yang menyukarkan lagi impian juara Inggeris itu untuk mara ke kelompok lapan teratas kejohanan elit Eropah.

City yang menjulang trofi kejuaraan pada 2023 meneruskan prestasi buruk mereka apabila hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir semua kejohanan.

“Anda boleh lihat kami kehilangan bola pada satu ketika atau tewas dalam perebutan bola dan anda boleh lihat kami tiba-tiba merosot,” kata pemain City Ilkay Gundogan kepada Amazon Prime.

“Ia memberikan kesan besar sekarang. Pada saat genting kami melakukan perkara salah.”

Vlahovic menjaringkan gol pada minit ke-54 apabila hantaran Kenan Yildiz ditanduk masuk pemain Serbia itu dari jarak dekat melepasi penjaga gol City Ederson.

City meningkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan dan memasukkan beberapa penyerang tetapi Juve yang berjaya menggandakan jaringan selepas McKennie menyambar hantaran Timothy Weah pada minit ke-75. 

Skuad Pep Guardiola melepaskan beberapa peluang, antaranya percubaan Erling Haaland yang hanya sedikit tersasar pada lewat babak pertama. 

Dengan baki dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Juventus kini menduduki tempat ke-14 manakala City ke-22 dengan hanya tiga tangga daripada tersingkir automatik. 

Sejak bermula November, City melepaskan lebih banyak gol (21) dalam semua kejohanan berbanding pasukan lain dalam lima liga utama Eropah sekali gus detik terburuk dalam karier pengurusan Guardiola.

Continue Reading

Previous: Saka pacu Arsenal hampiri ke pusingan 16 terakhir
Next: Jelajah Dunia Akhir: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.