Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat
  • GLOBAL

Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat

Utusan Sarawak 2 years ago
Perubahan syarat peraturan itu terpakai kepada permohonan yang telah diterima oleh badan kerajaan itu serta kepada bakal pemohon yang ingin mendapatkan kelulusan bekerja di Denmark. Namun, jururawat dari negara bukan EU akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum menerima kelulusan akhir.

COPENHAGEN: Denmark bakal memansuhkan syarat ujian bahasa Denmark untuk jururawat dari atau dilatih di negara Kesatuan Eropah dan bukan EU untuk bekerja di negara itu.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Pesakit Denmark (DPSA),  perubahan syarat peraturan itu terpakai kepada permohonan yang telah diterima oleh badan kerajaan itu serta kepada bakal pemohon yang ingin mendapatkan kelulusan bekerja di Denmark, lapor Agensi Anadolu.

Namun, jururawat dari negara bukan EU akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum menerima kelulusan akhir.

“Apabila pendidikan anda dianggap memenuhi keperluan pihak kami, anda mesti melengkapkan tempoh percubaan selama enam bulan, selepas itu anda boleh mendapatkan kebenaran Denmark,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang tempoh percubaan, jururawat akan bekerja sepenuh masa selama enam bulan dan pihak pengurusan hospital akan menilai kemahiran komunikasi dan kecekapan yang dimiliki. 

“Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan bahawa profesional kesihatan yang bekerja mempunyai kemahiran berbahasa Denmark yang mencukupi,” menurut DPSA.

Peraturan itu turut terpakai untuk pelantikan percubaan.

Oleh itu, kemahiran berbahasa Denmark masih diperlukan untuk mendapatkan kelulusan dan bekerja sebagai jururawat dalam perkhidmatan kesihatan Denmark, walaupun bukan lagi menjadi syarat wajib untuk lulus ujian bahasa itu. – Bernama-Agensi Anadolu

Continue Reading

Previous: Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh sambut Aidiladha 29 Jun
Next: IndiGo cipta rekod baharu tempah 500 pesawat Airbus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.