Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Denda sehingga AS$26,670 salah guna visa lawatan bagi tujuan haji
  • GLOBAL

Denda sehingga AS$26,670 salah guna visa lawatan bagi tujuan haji

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMENTERIAN Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (AS$26,670) akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang memohon sebarang jenis visa lawatan bagi pihak individu yang menunaikan atau cuba menunaikan ibadah haji tanpa permit sah, atau yang memasuki atau tinggal di Mekah dan kawasan Tanah Suci dari 1 Zulhijjah hingga 14 Zulkaedah 1446 Hijrah.

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (AS$26,670) akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang memohon sebarang jenis visa lawatan bagi pihak individu yang menunaikan atau cuba menunaikan ibadah haji tanpa permit sah, atau yang memasuki atau tinggal di Mekah dan kawasan Tanah Suci dari 1 Zulhijjah hingga 14 Zulkaedah 1446 Hijrah.

Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan individu yang diberikan visa lawatan dan melanggar peraturan itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian menyeru orang ramai agar mematuhi segala peraturan dan arahan berkaitan ibadah haji, yang bertujuan memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jemaah dalam menunaikan ibadah.

Orang awam turut digalakkan melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi talian 911 bagi kawasan Mekah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh Kerajaan Arab Saudi.– Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Lori bantuan masuk ke Gaza dipintas penduduk terdesak – PBB
Next: PBB bimbang 427 Rohingya terkorban di laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.