Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Demo di Jakarta: Pegawai polis dipecat susulan kematian penunggang Ojek
  • GLOBAL

Demo di Jakarta: Pegawai polis dipecat susulan kematian penunggang Ojek

Utusan Sarawak 2 days ago

Penunjuk perasaan memegang potret Affan Kurniawan, semasa protes di hadapan ibu pejabat Polis Wilayah di Surabaya pada 30 Ogos 2025. Foto AFP

JAKARTA: Suruhanjaya polis Indonesia pada Rabu memecat seorang pegawai polis selepas mendapatinya bersalah atas pelanggaran etika berhubung peranannya dalam kematian seorang penghantar barang yang mencetuskan semula tunjuk perasaan antikerajaan baru-baru ini. 

Protes di seluruh Indonesia itu tercetus akibat rasa tidak puas hati terhadap ketidaksamarataan ekonomi dan elaun mewah ahli parlimen tetapi semakin meluas apabila rakaman video tersebar menunjukkan sebuah kenderaan taktikal tentera melanggar sehingga mati penunggang Ojek, Affan Kurniawan, 21, pada Khamis.

Jurucakap polis kebangsaan, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, pegawai Cosmas K Gae bertindak “tidak profesional” semasa protes itu.

Beliau menyifatkan tingkah laku Cosmas sebagai “perbuatan tercela.”

“Sebagai hukuman, ini memerlukan “pemecatan tidak terhormat sebagai anggota polis negara,” kata Trunoyudo dalam komen kepada pemberita yang disiarkan oleh penyiar Kompas TV.

Media Indonesia melaporkan bahawa Cosmas berada di dalam kenderaan yang melanggar Affan tetapi Trunoyudo tidak memberikan butiran lain mengenai pembabitan pegawai itu.

Cosmas yang mempunyai tiga hari untuk merayu terhadap keputusan itu berkata, dia hanya menjalankan tugasnya untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan pegawai lain, dan tidak berniat untuk menyebabkan kematian sesiapa.

“Tiada niat, jujur demi Tuhan. Tiada niat untuk mencederakan orang,” katanya dalam kenyataan yang turut disiarkan oleh Kompas TV.

Cosmas juga berkata, dia hanya mengetahui tentang kematian Affan melalui media sosial.

Polis juga menahan enam pegawai lain berhubung insiden itu yang mana ia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh semasa protes di seluruh negara, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang bersekutu dengan kerajaan.

Kematian dilaporkan di Jakarta, Makasar di Sulawesi Selatan, di Jawa Tengah dan di Papua.

Suruhanjaya untuk Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (KontraS) berkata, sekurang-kurangnya 20 orang masih hilang setakat Isnin lalu.

Perhimpunan di seluruh negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu berkurangan dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas beberapa elaun ahli parlimen dimansuhkan, dan tentera dikerahkan di ibu negara. – AFP

Continue Reading

Previous: 15 maut funikular Lisbon tergelincir, rempuh bangunan
Next: Florida rancang hapuskan kewajipan vaksin, cetus kritikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.