Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dembele cemerlang bantu Lyon tundukkan City
  • SUKAN

Dembele cemerlang bantu Lyon tundukkan City

Utusan Sarawak 5 years ago
RAIKAN… Moussa Dambele meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjarikan salah satu gol buat Lyon ketika menewaskan Manchester City 3-1 dalam saingan suku akhir Liga Juara- Juara. Dambele menjaringkan dua daripada tiga Gol Lyon.

DUA jaringan pemain gantian, Moussa Dembele membawa Lyon melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas mengejutkan Manchester City 3-1 awal pagi semalam.

Dembele berkata, kemenangan mengejut ke atas Manchester City membuktikan bahawa kelab Perancis itu adalah pasukan yang hebat apabila mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah.

Penyerang Perancis itu meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian pada 15 minit terakhir di Lisbon bagi membolehkan Lyon menyingkirkan pasukan bimbingan Pep Guardiola untuk menempah perlawanan dengan pasukan pilihan, Bayern Munich bagi memburu tempat ke final.

“Ia adalah perlawanan yang sukar menentang pasukan gergasi. Apabila anda berada di bangku simpanan ia bukan mudah tapi anda harus mengekalkan semangat dan pastikan bahawa apabila jurulatih membawa masuk anda tahu peranan di atas padang.

“Akan sentiasa ada kesedihan buat pemain apabila tidak diletakkan dalam kesebelasan utama namun perlawanan berlangsung sangat panjang dan selagi wisel penamat belum dibunyikan, harapan sentiasa ada,” kata Dembele.

Aksi pagi tadi adalah yang ketiga dalam tempoh lima bulan buat Lyon selepas menamatkan saingan Ligue 1 di tempat ketujuh tatkala liga ditamatkan lebih awal berikutan pandemik Covid-19.

“Selepas rehat panjang pasukan kembali bergabung dan berjanji untuk cuba memberikan segala-galanya setiap kali berada di dalam padang.
“Kami masih lagi di sini dan ini bermakna bahawa kami adalah pasukan yang hebat,” katanya.

Kelab Perancis itu akan menentang juara Jerman, Bayern Munich dalam perebutan tiket final, Khamis depan.-AFP

Continue Reading

Previous: Binder, KTM manfaat kelebihan di Austria
Next: Hafizh Syahrin cedera kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.