Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Delegasi Sarawak hadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia
  • SEMASA

Delegasi Sarawak hadiri Simposium Tekstil Ikat Dunia

Utusan Sarawak 5 months ago
LAWAT… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah  melawat reruai yang terdapat pada Simposium Tekstil Ikat Dunia.

KUCHING: Delegasi Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bakal menyerlahkan warisan budaya negeri itu di Simposium Tekstil Ikat Dunia.

Lawatan kerja rasmi yang berlangsung hari ini hingga Jumaat ini di Pusat Konvensyen dan Kebudayaan Baguio, Filipina, menegaskan komitmen Sarawak untuk memelihara dan mempromosikan kraf ikoniknya di peringkat global.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, delegasi ini turut disertai oleh Timbalan Menteri Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian Datu Sherrina Hussaini, Pengurus Majlis Kraf Sarawak Suriya Charles, dan pegawai kanan kementerian.

Katanya, simposium ini memberi tumpuan kepada teknik ikat iaitu kaedah pewarnaan rintangan tradisional yang menghasilkan corak tekstil yang rumit.

“Dalam kalangan masyarakat Iban, pua kumbu yang ditenun tangan adalah lambang seni warisan yang berusia berabad-abad, penuh dengan nilai spiritual dan signifikan upacara.

“Penyertaan dalam simposium ini sejajar dengan usaha negeri untuk bertukar ilmu tentang teknik tenunan ikat dan strategi pemeliharaan bersama negara lain,”katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, ia juga bertujuan menjalin kerjasama antarabangsa dalam diplomasi budaya, pertukaran seni, serta penyelidikan bersama.

“Kita mahu meningkatkan keterlihatan kraf Sarawak dalam industri kreatif global sambil memupuk hubungan dengan pihak berkepentingan antarabangsa,”katanya.

Sarawak, tambahnya, dengan 34 kumpulan etnik yang masing-masing menyumbang tradisi kraf unik, merupakan pusat kepelbagaian seni yang kaya.

“Penyertaan dalam simposium ini dijangka membuka peluang ke pasaran baharu dan mengukuhkan peranan kraf Sarawak dalam pelancongan warisan serta pemerkasaan ekonomi.

“Tekstil ikat bukan sekadar simbol identiti budaya, malah memainkan peranan penting dalam mempromosikan ekonomi komuniti setempat,” tambahnya.

Simposium ini turut menampilkan lebih 100 karya ikat unik dari lebih 20 negara, termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Laos, Mexico, Uzbekistan, Jepun, dan India.


Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dua Penaja Emas baharu untuk Anugerah Kewartawanan Kenyalang 14 Disember ini   
Next: Sarawak, ITTO bekerjasama laksana dua projek pemuliharaan, komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.