Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Delegasi Sarawak digesa bawa imej terbaik negeri di pentas kebangsaan
  • SEMASA

Delegasi Sarawak digesa bawa imej terbaik negeri di pentas kebangsaan

Utusan Sarawak 9 hours ago
YANG Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha bergambar bersama rombongan wakil Sarawak ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M selepas kunjungan hormat di Kuching.

PETRA JAYA: Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha menggesa wakil Sarawak ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan agar membawa imej terbaik negeri serta menunjukkan prestasi cemerlang di pentas kebangsaan.

Menurut beliau, penyertaan dalam majlis berprestij itu bukan sahaja medan pertandingan, malah peluang untuk menimba pengalaman dan memperkukuh kefahaman terhadap seni bacaan serta hafazan al-Quran.

“Peserta bukan sahaja membawa nama diri, tetapi turut memikul amanah untuk mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat rombongan wakil Sarawak ke majlis berkenaan.

YANG Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha berucap pada sidang media berkaitan penyertaan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M.

Mengulas prestasi semasa, beliau berkata Sarawak sebelum ini sering mencatat kejayaan dalam tilawah al-Quran, namun mengakui persaingan kini semakin sengit susulan peningkatan kualiti peserta dari negeri-negeri lain.

“Bukan bermakna mutu bacaan kita tidak baik, tetapi negeri lain turut menunjukkan peningkatan ketara. Justeru, kita telah mengambil beberapa langkah awal termasuk menghantar qari dan qariah mengikuti kursus khas anjuran Pusat Al-Quran Darul Hana.

“Melalui pendedahan bersama guru-guru al-Quran di peringkat kebangsaan, setakat ini mereka menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar wakil Sarawak, termasuk qari dan qariah yang akan bertanding, mampu mempersembahkan bacaan terbaik pada malam pertandingan nanti.

Dalam pada itu, beliau berkata Sarawak juga mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam kategori hafazan dan masih berupaya menghantar peserta bagi pelbagai kategori termasuk juzuk 1 hingga 10, 1 hingga 20 serta 1 hingga 30.

“Peningkatan ini menunjukkan Sarawak tidak ketinggalan dalam usaha memperkasakan penguasaan Al-Quran, khususnya dalam bidang hafazan,” katanya lagi.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M dijadual berlangsung dari 13 hingga 18 April 2026 di Kuala Nerus, Terengganu, melibatkan penyertaan qari, qariah serta peserta hafazan dari seluruh negara.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri hingga 5.00 petang ini
Next: Harga AirAsia dijangka alami kenaikan kecil namun kekalkan tambang rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.