Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Delegasi kerajaan Perak diberi taklimat Projek KUTS Sarawak Metro
  • TEMPATAN

Delegasi kerajaan Perak diberi taklimat Projek KUTS Sarawak Metro

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA delegasi Kerajaan Negeri Perak ketika menaiki kenderaan prototaip ART.

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd berpeluang memperkenalkan perkembangan Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) kepada delegasi kerajaan negeri Perak dalam satu lawatan rasmi baru-baru ini.

Delegasi tersebut diketuai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak bagi Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee.

Taklimat mengenai pelaksanaan Projek KUTS disampaikan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd sempena kunjungan hormat delegasi berkenaan kepada Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, di pejabat beliau.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi kerajaan negeri Perak menyatakan minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam inisiatif Sarawak dalam usaha menyahkarbonkan sistem pengangkutan awam, khususnya menerusi pelaksanaan Projek KUTS.

LOH Sze Yee (kanan) mendengar taklimat semasa sesi menaiki kenderaan prototaip ART.

Delegasi itu, yang turut disertai wakil Invest Perak, kemudiannya dibawa melawat Fasiliti Pemasangan ART Kuching (KAAF) di Demak Laut.

Semasa lawatan tersebut, para delegasi berpeluang menaiki unit prototaip kenderaan Autonomous Rapid Transit (ART) dan menerima taklimat mengenai perancangan Sarawak Metro untuk memasang sebahagian besar kenderaan ART berkuasa hidrogen sifar pelepasan secara tempatan di Kuching.

Fasiliti berkenaan dikendalikan oleh kontraktor Pakej Sistem 1 Projek KUTS iaitu sebuah syarikat usaha sama yang terdiri daripada EPR Sdn Bhd, Mobilus Sdn Bhd dan Global Rail Sdn Bhd.

Projek KUTS merupakan inisiatif utama kerajaan Sarawak untuk memodenkan sistem pengangkutan awam di Kuching, dengan fasa pertama melibatkan pembangunan tiga jajaran utama serta penggunaan kenderaan ART berkuasa hidrogen sejajar aspirasi negeri untuk memajukan ekonomi hidrogen dan mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan awam.

LOH Sze Yee (lima kanan) menerima cenderamata sempena lawatan ke Fasiliti Pemasangan ART Kuching.

Continue Reading

Previous: Sarawak catat rekod tertinggi ketibaan pelawat dari Singapura sepanjang 2025
Next: Isu buli meningkat, Sarawak tubuh jawatankuasa khas peringkat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.