Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dekati masyarakat, Amanita IPD Sri Aman bertemu komuniti Taman Tiara
  • Selatan
  • WILAYAH

Dekati masyarakat, Amanita IPD Sri Aman bertemu komuniti Taman Tiara

Utusan Sarawak 19 hours ago
AMANITA IPD Sri Aman telah mengadakan program Meet & Greet bersama komuniti di Taman Tiara, hari ini. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman yang diketuai oleh Inspektor Zurraidda Bujang telah mengadakan program Meet & Greet bersama komuniti di Taman Tiara, hari ini.

Program tersebut memberi fokus kepada pendekatan secara langsung dengan masyarakat setempat, khususnya golongan wanita dan suri rumah, bagi memperkukuh hubungan mesra serta menyalurkan maklumat berkaitan peranan Amanita.

Amanita IPD Sri Aman menjelaskan, inisiatif ini bertujuan menerapkan konsep libat urus supaya masyarakat lebih memahami tanggungjawab polis, selain memberi ruang kepada komuniti untuk mendekati pihak berkuasa dengan lebih terbuka.

Katanya, kehadiran polis melalui program sebegini juga adalah sebahagian daripada kehadiran menyeluruh iaitu kehadiran berterusan anggota polis di kawasan awam untuk meningkatkan rasa selamat dalam kalangan penduduk.

AMANITA IPD Sri Aman telah mengadakan program Meet & Greet bersama komuniti di Taman Tiara, hari ini. Foto: IPD Sri Aman

Pada masa sama, masyarakat digalakkan untuk berganding bahu dengan polis dalam mencegah jenayah, terutama dengan cara menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di kawasan kediaman mereka.

Amanita turut mengambil kesempatan memberi nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan aktiviti pembelian atas talian yang semakin berisiko menjadi platform penipuan.

Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah terjebak dengan tawaran luar biasa di internet dan sentiasa membuat semakan latar belakang sebelum melakukan sebarang transaksi.

Selain itu, orang ramai disarankan mengikuti laman Facebook rasmi @JSJKPDRM dan @CyberCrimeAlertRMP untuk mendapatkan info terkini mengenai modus operandi jenayah komersial serta langkah pencegahan yang perlu diambil.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong tinjau operasi SAR dua beranak hilang di laut
Next: Petunjuk baharu bot digunakan dua beranak ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.