Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Definisi buli antara tumpuan utama dalam penggubalan RUU Tribunal Anti-Buli – Azalina
  • NASIONAL

Definisi buli antara tumpuan utama dalam penggubalan RUU Tribunal Anti-Buli – Azalina

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (kanan) pada Majlis Peluncuran Platform Pendapat Awam Mengenai Tribunal Antibuli di Dewan Saksama, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Turut kelihatan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (kiri) dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah). Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Definisi buli dengan takrifan yang jelas antara perkara utama yang akan diberi tumpuan dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu menjadi tumpuan masyarakat, yang banyak dibangkitkan pada sesi dialog awam atau Town Hall Antibuli dan portal Peta Reformasi Institusi (PetaRI), supaya tindakan susulan lebih tersusun dan berimpak dapat dilaksanakan bagi membanteras gejala itu menerusi satu definisi buli yang jelas dan tuntas. 

“Rata-rata banyak yang komen kalau nak ada akta kena ada definisi (buli). Keduanya kalau ada tribunal, ia harus cepat diselesaikan. Jadi, kami akan kaji perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi Town Hall Anti-Buli Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini. 

Turut hadir pada sesi hari ini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. 

Azalina pada masa sama turut memohon supaya masyarakat memperluaskan lagi perbincangan mengenai isu itu dalam konteks individu melebihi 18 tahun agar RUU yang dibuat nanti bakal menjamin bukan sahaja keselamatan pelajar tetapi individu di tempat kerja. 

Beliau bagaimanapun berkata fasa pertama RUU Tribunal Anti-Buli buat masa ini akan memfokuskan kepada mereka di bawah 18 tahun terlebih dahulu. 

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hadir pada Program Sesi Townhall Anti Buli Peringkat Buli Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. Foto BERNAMA

“Sebagai kerajaan, kami tak nak bagi definisi (buli) secara pandangan, persepsi atau berdasarkan kajian antarabangsa sahaja, kami harus mengambil kira Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama. 

“Macam tadi pun (semasa dialog awam) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), peguam, pihak sekolah, kementerian ada pandangan yang berbeza. Jadi, buat masa sekarang terlampau awal untuk saya maklumkan apa yang bakal didefinisikan sebagai buli,” katanya.

Beliau berkata dialog awam itu akan diteruskan ke Johor esok sebelum bergerak ke negeri di utara, selain turut melibatkan program serupa di akademi latihan unit beruniform seperti polis dan tentera bagi mengumpul sebanyak mungkin pandangan yang bersesuaian. 

Sebelum ini, Azalina dilaporkan berkata RUU Tribunal Anti-Buli diharap dapat dibawa ke persidangan Parlimen pada Oktober ini, selepas selesai sesi penerangan atau jelajah serta mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Beliau berkata sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dijangka diselesaikan bulan ini (September) sebelum kertas cadangan dibentangkan kepada Kabinet.- Bernama

Continue Reading

Previous: Counter Setting: SPRM teliti rekod kewangan kenalan rapat, ahli keluarga individu terlibat
Next: Belanjawan 2026: KKM cadang tambah baik wad Kelas 3, pertimbang elaun petugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.