Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dedikasi tinggi warga hospital menjamin perkhidmatan kesihatan berkesan
  • KESIHATAN

Dedikasi tinggi warga hospital menjamin perkhidmatan kesihatan berkesan

Utusan Sarawak 3 hours ago
WARGA Hospital Marudi mengabadikan kenangan semasa Majlis Makan Malam Apresiasi Hospital Marudi.

MARUDI: Warga Hospital Marudi telah menunjukkan dedikasi dan pengorbanan tinggi, mencurahkan tenaga dan masa untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti sentiasa berkualiti dan berkesan.

Menurut Pengarah Hospital Marudi, Dr. Nur Natasya Sherimim sesebuah hospital dapat berfungsi dengan baik apabila setiap profesion memainkan peranan yang kritikal serta saling melengkapi.

“Kepada para doktor, terima kasih kerana memikul tanggungjawab berat dalam merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit dengan penuh profesionalisme dan ketelitian,” katanya.

GIMIK…DR Nur Natasya Sherimim menyempurnakan perasmian Majlis Makan Malam Apresiasi Hospital Marudi.

Tambah beliau, jururawat bukan sahaja memberikan rawatan, malah turut menzahirkan sentuhan empati yang menenangkan pesakit serta keluarga mereka.

Malah, ujarnya, Penolong Pegawai Perubatan (PPP/MA) sentiasa pantas bertindak dalam situasi kecemasan, manakala Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) memastikan keselesaan, kebersihan dan keperluan asas pesakit dipenuhi dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, beliau turut memuji ahli farmasi yang sentiasa memastikan pemberian ubat dilakukan dengan selamat dan tepat, manakala pasukan makmal pula menyediakan keputusan ujian yang menjadi asas kepada proses diagnosis dan rawatan pesakit.

MERIAH… Persembahan hiburan daripada setiap Unit Hospital masing-masing memeriahkan majlis.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Unit Radiologi yang menghasilkan imej berkualiti tinggi bagi membantu membuat keputusan klinikal yang tepat.

Tegasnya, Unit Rekod Perubatan sentiasa memastikan semua dokumentasi pesakit lengkap, teratur dan mudah diakses, manakala Unit Pentadbiran memastikan aspek pengurusan am, kewangan, pengurusan aset serta operasi hospital berjalan lancar, efisien dan telus.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan strategik hospital, One Medicare Sdn. Bhd., yang sentiasa memberikan sokongan dalam aspek penyelenggaraan fasiliti, kebersihan, logistik dan sokongan teknikal,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Makan Malam Apresiasi Hospital Marudi yang berlangsung di Restoran Chan malam tadi.

Tambahnya, majlis ini bukan sahaja bertujuan menghargai jasa dan sumbangan setiap individu, tetapi juga menjadi ruang untuk mempererat hubungan, mengukuhkan semangat kekitaan dan menyuntik motivasi agar semua warga hospital terus bekerjasama, berinovasi dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau berharap seluruh warga hospital Marudi diberi kesihatan, kekuatan dan iltizam untuk berbakti dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Produk kosmetik Uyana Tone Up Night Cream beracun, jualan dihentikan di Malaysia – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.