Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • De Ligt selamatkan United 
  • SUKAN

De Ligt selamatkan United 

Utusan Sarawak 3 hours ago

De Ligt menjaringkan gol penyamaan dramatik pada lewat permainan. Foto AFP.

LONDON: Matthijs de Ligt menyelamatkan Manchester United dengan keputusan seri 2-2 di Tottenham dalam penamat yang dramatik apabila kedua-dua pasukan terlepas peluang untuk naik ke tempat kedua Liga Perdana sebentar tadi.

Spurs dilihat hampir meraih kemenangan mencemaskan, setelah ketinggalan dengan enam minit berbaki, apabila Mathys Tel menyamakan kedudukan sebelum Richarlison menanduk masuk gol pada minit ke-91.

Namun, De Ligt bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 untuk melanjutkan rekod tanpa kalah United kepada lima perlawanan.

Kedua-dua pasukan kini mengumpul 18 mata daripada 11 perlawanan tetapi dipisahkan oleh perbezaan jaringan, dengan Spurs di tangga ketiga dan United di tangga ketujuh.

United kini gagal menewaskan Spurs dalam lapan pertemuan terakhir mereka, namun perlawanan terbaru inilah yang pastinya kekal dalam ingatan penyokong Tottenham. 

Richarlison meraikan bersama Micky van de Ven selepas pemain Brazil itu menjaringkan gol menentang Man Utd. Foto AFP 

Spurs menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun menerusi kemenangan 1-0 yang sukar dalam final Liga Europa pada Mei, yang turut membawa mereka ke Liga Juara-Juara sementara United terlepas aksi Eropah sepenuhnya.

Walaupun United mengalami tamparan besar dari segi kewangan dan prestij, Ruben Amorim memanfaatkan masa latihan tambahan untuk membina momentum selepas tahun pertama yang sukar di Old Trafford.

Tidak seperti kebanyakan pembelian mahal United dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bryan Mbeumo membuktikan nilainya selepas perpindahan £65 juta ($86 juta) dari Brentford pada Julai. 

Pemain Cameroon itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana untuk bulan Oktober dan menjaringkan gol keempatnya dalam empat perlawanan apabila dia menanduk masuk hantaran Amad Diallo pada minit ke-32.

Spurs, yang diboo selepas persembahan hambar ketika tewas 1-0 dalam derbi London kepada Chelsea minggu lalu, memulakan babak kedua dengan lebih baik selepas separuh masa pertama yang hambar.

Senne Lammens melakukan satu aksi penyelamatan cemerlang untuk menepis flick Cristian Romero. Penjaga gol Belgium itu sekali lagi bertindak pantas menolak percubaan Joao Palhinha.

Brennan Johnston, yang menjaringkan gol kemenangan ketika kedua-dua pasukan bertemu di Bilbao, melihat golnya dibatalkan akibat ofsaid.

Namun, serangan Spurs mula pudar dan rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah terhadap pengurus Thomas Frank ketara apabila keputusan beliau menggantikan Xavi Simons diboo kuat.

Bagaimanapun, bos Spurs itu boleh mendakwa pertukaran pemain yang dilakukannya membuahkan hasil. 

Destiny Udogie melakukan hantaran kepada Tel yang berpusing dan melepaskan rembatan ke penjuru atas melalui defleksi mengenai De Ligt.

Wilson Odobert, yang dimasukkan pada separuh masa, kemudian melengkungkan bola menuju penjuru jauh dan Richarlison menanduk bola itu untuk menewaskan Lammens.

Pemain Brazil itu meraikan golnya dengan membuka baju dan kelihatan mengalirkan air mata.

Namun, ia tetap tidak cukup untuk menghadiahkan Tottenham kemenangan liga pertama di laman sendiri sejak minggu pembukaan musim ini.

De Ligt diberikan terlalu banyak ruang di tiang jauh ketika sepak sudut Bruno Fernandes, dan tandukannya terlalu kuat untuk ditepis Guglielmo Vicario. – AFP

Continue Reading

Previous: 200 penjawat awam sertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.