Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bahasa bantu beri asas penggunaan bahasa
  • NASIONAL

DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bahasa bantu beri asas penggunaan bahasa

Utusan Sarawak 6 months ago

Dr Malar Santhi Santherasegapan

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik kepada orang awam.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, berkata pempengaruh itu antaranya Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang juga seorang doktor dan aktivis yang kini bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor.

“Pelantikan ikon ini menunjukkan DBP mahu selari dengan perkembangan semasa, kerana bahasa tidak boleh disebar dengan cara yang lama.

“Kita kena bergerak dengan cara yang baharu tetapi kita harus membimbing, melatih mereka (orang awam) dan insya-Allah, kalau ada keperluan kita juga akan mengadakan sesi pertemuan khusus dengan rakan-rakan media, untuk memberi asas-asas penggunaan bahasa yang baik dan betul kerana media sangat berpengaruh dalam menentukan arah tuju sesuatu perkembangan bahasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Media DBP Bersama Media 2024 di Wisma DBP di sini malam tadi.

Menurut Hazami lagi, dengan perkembangan media sosial yang kini menjadi pilihan untuk orang ramai berkomunikasi, DBP terus komited untuk memanfaatkan saluran itu secara lebih aktif bagi menampilkan contoh penggunaan bahasa yang baik serta kandungan berkualiti. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Gaza: Anwar kecam sikap berat sebelah media Barat, seru konsisten dalam isu hak asasi manusia
Next: Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.