Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBP dekati karyawan bincang hala tuju penulisan
  • TEMPATAN

DBP dekati karyawan bincang hala tuju penulisan

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Kuching, Abang Haliman Abang Julai merakam kenangan bersama karyawan Sarawak selepas Sesi Dialog Bersama Karyawan, di Kuching, semalam.

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak mengambil satu langkah baru untuk bertemu dan beramah mesra dengan karyawan Sarawak untuk membincangkan hala tuju penulisan dan penerbitan karya penulis di Sarawak khususnya.

Program ini merupakan satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan (DBP) Sarawak dengan kerjasama para karyawan dan persatuan penulis di Sarawak bagi mengangkat dan memperluaskan program yang bersifat komunikasi dua hala, perkongsian ilmu secara santai dan menarik.

Menurut Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka bersifat terbuka dengan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh pelbagai pihak untuk memperluaskan lagi program-program khususnya untuk penulis-penulis yang berada di Sarawak.

“Kita mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak untuk bertukar-tukar pendapat mengenai saranan baru bagi memertabatkkan Bahasa Kebangsaan dan hasil karyawan dapat dibawa ke tahap yang lebih tinggi sebaris dengan penulis-penulis di Malaysia.

“Selain itu, melalui program-program seperti ini karyawan juga dapat mengadaptasi dan memperkenalkan keindahan seni dan budaya tempatan Sarawak kepada masyarakat Malaysia melalui bidang penulisan.

Beliau juga berharap dengan adanya program seperti ini agensi dan persatuan-persatuan penulis serta individu di sarawak dapat berkerjasama dengan DBP.

“Dengan adanya penyatuan seperti ini ia dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan penyatuan diantara DBP dan karyawan”. katanya kepada media di sidang media, semalam.

“Sebelum ini bukanya tidak ada penyatuan, tetapi kebanyakkan aktiviti dibuat secara berasingan, dengan adanya kesatuan seperti ini kita berharap semua aktiviti dapat diselaraskan supaya dapat berkerjasama dan secara tidak langsung akan memberikan impak yang lebih besar.

Sehubungan dengan itu beliau juga berharap punulisan karyawan tempatan yang kaya dengan pelbagai bangsa dan bahasa ini dapat juga dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Karya-karya seperti ini perlu diangkat ke tahap yang lebih tinggi sama ada dari segi penyelidikan dan penerbitan untuk dipertengahkan di peringkat kebangsaan.

“Salah satu hasil karya yang pernah diangkat sebelum ini ialah Bermukun, ia merupakan karya penulisan yang menarik di Sarawak. Dalam aspek DBP kita tidak melihat dari aspek tarianya, tetapi kita menilai dari segi isi pantun tersebut.” Ujarnya.

Beberapa manuskrip pantun diterbitkan dalam Bahasa Melayu Sarawak telah diterjemahkan semula dalam Bahasa Kebangsaan supaya keseluruhan masyarakat di negara ini dapat memahami dan mengetahui pantun-pantun di Sarawak.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Pengarah Maritim Sarawak adakan lawatan Ke Zon Maritim Tanjung Manis
Next: Sarawak kukuhkan status

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.