Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBKU tinjau sistem lurang, kurangkan risiko banjir di Kuching Utara
  • Selatan
  • WILAYAH

DBKU tinjau sistem lurang, kurangkan risiko banjir di Kuching Utara

Utusan Sarawak 11 hours ago
TINJAU…Dato’ Hilmy Othman meninjau keadaan lurang utama ketika lawatan tapak bagi menilai keberkesanan lurang utama yang menghubungkan kawasan sekitar Kuching hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus mempergiat usaha kesiapsiagaan banjir apabila Datuk Bandar Kuching Utara, Dato’ Hilmy Othman mengadakan tinjauan terhadap sistem saliran air sedia ada, khususnya aliran dari lurang utama yang menghubungkan kawasan sekitar bandar raya ini, hari ini.

Tinjauan yang dijalankan itu bertujuan menilai keupayaan serta keberkesanan sistem perparitan dalam menampung aliran air berlebihan ketika hujan lebat, selain mengenal pasti sebarang kekangan teknikal yang berpotensi menyumbang kepada kejadian banjir.

Penilaian turut memberi tumpuan kepada beberapa lokasi dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi, termasuk Jalan McDougall di sekitar Padang Merdeka yang sering dilanda banjir kilat, terutama ketika hujan berterusan.

MENGULAS… Dato’ Hilmy Othman ketika ditemui pemberita bagi mengulas hasil tinjauan sistem saliran dan lurang utama di sekitar Kuching, hari ini. Foto Norman B

Menurut Hilmy, pemantauan rapi terhadap sistem saliran sedia ada amat penting bagi memastikan langkah awal dapat diambil sebelum berlaku kejadian banjir yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk.

“Sistem saliran air, khususnya aliran dari lurang utama yang menghubungkan kawasan sekitar bandar raya ini seperti di Jalan McDougall, perlu dipastikan berfungsi dengan baik. Kawasan ini kerap mengalami banjir kilat dan justeru pemeriksaan awal ini penting sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim hujan,” katanya.

Beliau menambah, lawatan tersebut juga bertujuan mengenal pasti punca utama berlakunya banjir, termasuk isu penyelenggaraan, kapasiti saliran yang terhad, halangan aliran air serta faktor persekitaran lain yang mempengaruhi kelancaran sistem perparitan.

Dalam tinjauan itu, DBKU turut melibatkan pegawai-pegawai teknikalnya bagi menilai secara terperinci keadaan infrastruktur perparitan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

DBKU, katanya, komited untuk mempertingkatkan usaha penyelenggaraan sistem saliran melalui kerja-kerja pembersihan berkala, selain menambah baik reka bentuk perparitan di kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan impak banjir.

Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada langkah berterusan DBKU dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi banjir, termasuk perancangan awal, pemantauan berterusan di lokasi kritikal serta penyelarasan tindakan pantas bersama agensi berkaitan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dan agensi terlibat akan terus bekerjasama rapat dengan DBKU serta agensi teknikal lain bagi memastikan langkah-langkah mitigasi yang dirancang dapat dilaksanakan secara berperingkat dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat di Kuching Utara.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Bekalan air di Taman Kedamaian Jalan Astana pulih secara berperingkat  
Next: Ketua DAPSY Stampin ucap tahniah atas pelantikan Mordi Bimol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.