Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DBKU raih Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN 2026-2028 di Filipina
  • SEMASA

DBKU raih Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN 2026-2028 di Filipina

Utusan Sarawak 6 hours ago
DBKU mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN bagi kategori Piawaian Pelancongan ASEAN 2026–2028 bersempena ATF 2026 yang diadakan di Cebu, Filipina. Foto DBKU

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN bagi kategori Piawaian Pelancongan ASEAN 2026–2028, mengharumkan nama Malaysia di persada ASEAN.

Kejayaan ini diraih selepas DBKU memenuhi semua kriteria ketat ASEAN Tourism Standards dan mendapat perakuan rasmi daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), sekali gus menegaskan komitmen bandar ini sebagai destinasi pelancongan bersih, selamat dan berdaya huni.

Majlis penganugerahan berprestij itu berlangsung di Cebu, Filipina, pada 30 Januari lalu sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2026. 

DBKU diwakili oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek dan Ketua Bahagian Perhubungan Awam DBKU, Norhayati Bidin, yang menerima anugerah tersebut bagi pihak pihak bandaraya.

DBKU mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN bagi kategori Piawaian Pelancongan ASEAN 2026–2028 bersempena ATF 2026 yang diadakan di Cebu, Filipina. Foto DBKU

Kejayaan ini menandakan pengiktirafan pertama DBKU di peringkat ASEAN, sekaligus membuktikan usaha berterusan DBKU dalam memperkukuh tadbir urus bandar dan meningkatkan pengalaman pelancongan bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, DBKU telah memenangi anugerah yang sama dua kali berturut-turut sebelum ini, iaitu pada 2022–2024 dan 2024–2026, menegaskan konsistensi bandaraya ini dalam mengekalkan standard kebersihan dan keselamatan yang tinggi.

Pengiktirafan berterusan ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar yang lebih mampan, selain meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat dan daya tarikan pelancongan Kuching.

DBKU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kuching, atas komitmen, disiplin dan kerjasama mereka dalam memastikan bandar ini terus menjadi antara destinasi pelancongan terbersih di ASEAN.

Pencapaian terbaru ini, Kuching bukan sekadar bandar bersejarah, tetapi kini juga bandar pelancongan bertaraf antarabangsa yang membanggakan Malaysia di mata dunia.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegarkan Wilayah Blusher, Iran
Next: Lawatan rasmi Jabatan Imigresen perkukuh kerjasama, kecekapan operasi di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.