Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU rai anak yatim, staf berbuka puasa
  • TEMPATAN

DBKU rai anak yatim, staf berbuka puasa

Utusan Sarawak 2 years ago

Warga kerja DBKU memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Premier Sarawak di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, malam tadi. Foto DBKU

KUCHING: Seramai lima anak yatim iaitu anak kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, malam tadi.

Penganjuran majlis berbuka puasa dan solat berjemaah itu bertujuan mengimarahkan Ramadan dengan penuh manfaat.

Selain itu, ia bertujuan merapatkan silaturahim dan menyuburkan semangat perpaduan serta kerjasama dalam kalangan warga kerja DBKU.

SUMBANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama Premier Sarawak di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, malam tadi. Foto DBKU

Pada majlis itu juga, Abang Johari turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada lima anak yatim berusia 15 tahun ke bawah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1964 (MA63) dan Perhubungan Negeri- Persekutuan Sarawak) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN Satok Dato Ibrahim Baki, Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Mohamad Khaidir Abang.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Apresiasi Media HASiL: 80 pengamal media diraikan sempena majlis berbuka puasa
Next: SEDC santuni 71 kanak-kanak berbuka puasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.