DBKU, MYSA meterai MoU perkasa teknologi angkasa dalam tadbir urus bandar

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
RASMI…Ketua Pengarah MYSA, Dato’ Azlikamil Napiah dan Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, di Kuching.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mencatat satu lagi pencapaian penting apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi memperkukuh penggunaan teknologi angkasa dalam pengurusan dan tadbir urus bandar.

Kerjasama strategik itu dijangka mempercepat usaha merealisasikan aspirasi Bandar Pintar melalui penggunaan teknologi angkasa yang mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, sekali gus selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah MYSA, Dato’ Azlikamil Napiah dan Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah.

Menerusi kerjasama tersebut, DBKU akan memanfaatkan teknologi penderiaan jauh, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta imej satelit hampir masa nyata bagi mempertingkatkan perancangan, pemantauan dan penguatkuasaan bandar.

MEMETERAI KERJASAMA…Wakil DBKU dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penggunaan teknologi angkasa dalam pengurusan dan tadbir urus bandar di Kuching.

Inisiatif itu membolehkan pelaksanaan tugas dilakukan dengan lebih tepat, pantas dan berkesan, selain memperkukuh tadbir urus bandar berasaskan data serta teknologi bagi memenuhi keperluan pembangunan bandar yang semakin kompleks.

Kerjasama berkenaan turut membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, data dan inovasi antara DBKU dan MYSA dalam usaha memperkasa penggunaan teknologi angkasa untuk menyokong pembangunan bandar yang mampan, cekap serta berdaya tahan Majlis pertukaran MoU itu disaksikan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman serta Timbalan Datuk Bandar DBKU