Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU juara keseluruhan perarakan Maulidur Rasul di Kuching
  • TEMPATAN

DBKU juara keseluruhan perarakan Maulidur Rasul di Kuching

Utusan Sarawak 2 days ago
MAULIDUR RASUL…Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) muncul sebagai kontinjen terbaik apabila memperoleh markah keseluruhan 90 peratus, sekali gus menjuarai kategori perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Padang Merdeka, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Kejayaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) muncul sebagai kontinjen terbaik apabila memperoleh markah keseluruhan 90 peratus, sekali gus menjuarai kategori perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Padang Merdeka, hari ini.

Tempat kedua disandang oleh Tadika Brainy Bunch Kuching dengan catatan 88.5 peratus, manakala Jabatan Pertanian Sarawak turut berkongsi kedudukan dengan markah yang sama.

Sementara itu, Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub berada di tempat ketiga dengan markah 85.5 peratus.


Bagi kategori jabatan kerajaan, Jabatan Hutan Sarawak menyerlah dengan pencapaian 87 peratus, diikuti Jabatan Premier Sarawak, 84.5 peratus dan Jabatan Kerja Raya Sarawak, 84 peratus.

MAULIDUR RASUL…Kategori jabatan kerajaan, Jabatan Hutan Sarawak menyerlah dengan pencapaian 87 peratus. Foto Shikin Mahmud

Selain itu, bagi kategori institusi pendidikan, Kolej Vokasional Kuching muncul juara dengan markah 81 peratus, meninggalkan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (Sakura) yang meraih 79 peratus dan SMK Matang Jaya dengan 78 peratus.

Masjid Darul Ikhlas Kampung Sindang pula mengungguli kategori masjid dengan markah 86 peratus, diikuti Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’akub, 85 peratus dan Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal, 83.5 peratus.

Selain itu, kategori pertubuhan menyaksikan Harakah Islamiah (HIKMAH) muncul sebagai pemenang utama dengan 77 peratus, manakala Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak meraih 76 peratus.

Bagi kategori kumpulan hadrah, Kumpulan Hadrah Gabungan Seni Warisan dinobatkan dengan markah 71 peratus, manakala Kumpulan Hadrah Paluan Mesra Pantai Damai mencatat 58 peratus.

Secara keseluruhannya, juri menilai kontinjen berdasarkan beberapa aspek utama termasuk kesesuaian tema, kreativiti sepanduk, tulisan khat, disiplin barisan, kekemasan pakaian, jumlah peserta serta keistimewaan persembahan masing-masing.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ambil iktibar demonstrasi di Indonesia – Fadillah
Next: Bomba periksa, cat semula pili di Taman Alomera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.