Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU cadang jadikan DBKU X Games acara utama 2025
  • TEMPATAN

DBKU cadang jadikan DBKU X Games acara utama 2025

Utusan Sarawak 5 months ago
KENANGAN… Dato Hilmy Othman merakam gambar kenangan bersama yang lain ketika majlis penutupan DBKU X Games yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bercadang untuk menjadikan acara DBKU X Games sebagai salah satu acara utama pada 2025.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, cadangan tersebut dibuat susulan sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam edisi terbaharu acara itu.

“Sepanjang 2024, DBKU telah menganjurkan pelbagai program riadah dan sukan. Walaupun DBKU X-Games bukan acara utama tahun ini, namun sambutannya sangat memberangsangkan.

“Saya berterima kasih kepada semua peserta daripada pelbagai lapisan umur yang turut serta dalam acara ini,” katanya.

MEMUKAU… Antara aksi aksi menarik daripada peserta DBKU X Games.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan acara tersebut di pekarangan Stadium Negeri Sarawak di sini, semalam.

Tambah Hilmy, beliau juga menegaskan komitmen DBKU untuk memperluaskan penyertaan acara riadah dan sukan dalam kalangan warga Kuching melalui kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi kerajaan lain.

“Hasrat DBKU adalah untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam acara sukan dan riadah.

“Menerusi kerjasama kementerian, agensi kerajaan, dan pihak swasta, kita dapat menyediakan platform kepada warga Kuching untuk bergiat aktif dan bersukan,” katanya.

Dalam pada itu, acara DBKU X-Games dengan kerjasama Canard ini turut merekodkan lebih 100 penyertaan dari seluruh Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Canard, Nik Mohd Suhaily.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hanyut enam hari, hanya fikir mati
Next: Sambutan Pra-Krismas 2024 meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.