Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU bakal laksana kaji selidik tangani banjir ‘termenung’ di Sungai Batu
  • TEMPATAN

DBKU bakal laksana kaji selidik tangani banjir ‘termenung’ di Sungai Batu

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman ketika lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ar Rahman, Kampung Sungai Batu hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan melaksanakan satu kaji selidik bagi mengatasi masalah banjir di Sungai Batu di sini terutamanya fenomena banjir ‘termenung’.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, pihaknya akan mengusahakan kajian ini setelah mendengar ulasan dan pendapat pihak pemimpin komuniti ketika lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ar Rahman, Kampung Sungai Batu hari ini.

Katanya, beliau akan membawanya kepada pihak atasan kerajaan Sarawak supaya satu kaji selidik bersama agensi berkenaan dilakukan dalam usaha meringankan beban dan risiko banjir.

“Insya-Allah pada masa yang akan datang, pihak kita akan bersama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk berbincang dengan perkara ini.

“Jadi, saya berterima kasih kepada kepimpinan masyarakat tadi sebab mereka dapat menyuarakan perkara yang praktikal atas lapangan untuk kita selesaikan.

“Insya-Allah kita akan bersama-sama dengan agensi yang lain untuk menangani masalah ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dato Hilmy menambah, satu PPS tambahan di Sungai Lumut akan dibuka sekiranya PPS Surau Ar Rahman yang kini menempatkan 65 mangsa banjir telah penuh.

Menurutnya, pihak Pejabat Daerah akan memberi arahan seterusnya sekiranya keperluan untuk memindahkan sebahagian mangsa di PPS Surau Ar Rahman ke PPS Sungai Lumut yang mampu menampung lebih 100 mangsa banjir.

Sekiranya keadaan terus tidak menentu ujarnya, kesemua mangsa banjir dj PPS Surau Ar Rahman akan dipindahkan ke PPS Sungai Lumut tertakluk kepada pihak pejabat daerah.

“Nasihat saya kepada penduduk di kawasan ini supaya sentiasa berwaspada dan sekiranya diarahkan untuk berpindah, jangan berlengah-lengah dan ikut arahan pihak atasan di lapangan,” ujarnya.

Dalam lawatan itu, Dato Hilmy juga menyampaikan bantuan asas keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS Surau Ar Rahman.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 949 mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di Sarawak, tujuh PPS masih aktif
Next: PPS SJKC Chung Hua Sejijak terkawal, mangsa banjir selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.